Mesyuarat Agung Tahunan IKRAM Health 2015

Mesyuarat Agung Tahunan IKRAM Health 2015 telah diadakan pada 28 Mac 2015 (Sabtu) di Auditorium CUCMS, Cyberjaya. Seramai 57 orang ahli telah hadir ke mesyuarat tersebut bagi merancang hala tuju IKRAM Health, mendengar amanat pemimpin, berdiskusi dan bermesyuarat untuk memilih saf pimpinan masa depan untuk bersama-sama memajukan IKRAM Health.

Pada sebelah pagi, forum “Kesatuan Fikrah dalam Kepelbagaian Wadah” telah disampaikan oleh 4 orang panelis-panelis berpengalaman; YB Dato’ Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan), Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom (Psychiatrist & Founding Dean, Medical Faculty CUCMS dan Presiden Penaja IKRAM), Prof Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh (Director, Centre for Disaster and Relief Medicine, CUCMS) dan Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman (Medical Director Hospital Pakar An Nur Hasanah).

Kemudian diteruskan dengan kata-kata taujih yang disampaikan oleh Dr Zainal Fitri Zakaria (YDP IKRAM Setiawangsa dan Exco IKRAM Health) yang bertajuk “Memperkasakan Tarbiah Ahli-ahli IKRAM Health”.

Pada sebelah petang, perlantikan baru Jawatankuasa IKRAM Health bagi sesi 2015-2017 telah dijalankan dengan sempurna.

Yang DiPertua: Prof Dr Mohammed Fauzi Abdul Rani

Timbalan YDP: Prof Madya Dr Oteh Maskon

Setiausaha: Dr Abdul Halim Shibghatullah

Pen. Setiausaha: Puan Hamisah Abdul Mubin

Bendahari: Dr Al Hafiz Ibrahim


Ahli Jawatankuasa:

Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta

Dr Mohd Afiq Mohd Nor

Puan Norul Aishah Mohd Yunos

Dr Zainal Fitri Zakaria

Dr Nur Aisyah Zainordin

Juruaudit:

Tuan Haji Shaharom Md Shariff

Dr Saadiah Sulaiman

Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran atas usaha kita semua dan semoga pertemuan sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama ahli IKRAM Health serta memajukan IKRAM Health, insya-Allah.

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.