IPMAN 2.0 – Platform rujukan untuk program pre housemanship.

Program pre-housemanship IKRAM Health ini merupakan salah satu program tahunan yang diadakan sejak lima tahun yang lepas di bawah unit Latihan dan Pembangunan ahli.

Program ini telah masuk tahun ke-5 sejak ia mula dianjurkan pada tahun 2012 dan ia merupakan siri yang ke-9 secara keseluruhannya oleh IKRAM Health.

Apa yang istimewanya IPMAN adalah para peserta telah didedahkan dengan pengalaman para seniors dalam mengharungi suka duka dan cabaran sepanjang housemanship, diberikan tip-tip untuk berjaya serta diberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menggilap skil-skil yang penting sebagai seorang doktor yang junior di hospital.

Selain itu, para senior yang hadir juga telah banyak berkongsi pengalaman dan menitipkan nasihat-nasihat yang berharga untuk bukan sahaja thabat dan istiqamah dalam perjuangan dakwah & tarbiyah, malah menjadi Daie Doktor Pakar yang menjadi qudwah serta rujukan masyarakat.

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.