15400993_1297064237024837_2842014910380865184_n

Catatan Misi Bantuan Acheh 2016

Gempa Bumi Acheh

Pertama kali berada di bumi Acheh menyertai misi bantuan kemanusiaan gempa bumi.

15492040_1295997123798215_6455669886205794145_n

10 Disember 2016
– Melihat kawasan-kawasan yang terjejas dengan gempa bumi di Pidie Jaya.
– Kebanyakan jalan raya masih boleh dilalui untuk menyampaikan bantuan dan menyelamatkan mangsa.
– Mangsa-mangsa yang terlibat ditempatkan di posko (pusat penempatan) sementara.
– Menurut penduduk tempatan, gegaran-gegaran kecil masih berlaku selepas gegaran pertama pada awal pagi 7 Dec.
– Banyak masjid, rumah, dewan, gerai yang musnah akibat gempa. Jumlah kematian dan kemusnahan seperti yang telah dilaporkan di media-media massa.

– Masyarakat masih takut untuk pulang ke rumah disebabkan kemungkinan berlaku gegaran-gegaran yang menyebabkan kemusnahan.
– Namun kelihatan aktiviti berjual beli telah dimulakan semula.
– Elektrik juga telah dijanakan semula di kawasan-kawasan yang terjejas.

– Hospital yang paling hampir dan masih berfungsi untuk penempatan pesakit ialah di Hospital Sigli dan Hospital di Banda Acheh.

15421019_1295997070464887_855598204960759700_n

– Jumlah pesakit terlalu ramai. Pesakit terpaksa ditempatkan di koridor untuk mendapatkan rawatan. Kerajaan Indonesia mengambil inisiatif yang baik dengan menghantar staf-staf perubatan ke hospital-hospital tersebut.
– Kebanyakan kes yang dirawat adalah kes-kes trauma seperti patah tulang, luka badan, kecederaan kepala dan lain-lain.
– Kesihatan kanak-kanak mulai menurun terutama di tempat-tempat penempatan sementara. Kes-kes yang banyak berlaku seperti demam dan gatal-gatal kulit.
– Staf-staf perubatan dianggarkan cukup untuk menampung keperluan merawat pesakit. Namun keperluan seperti ubat-ubatan dan implan, semakin berkurangan untuk menampung jumlah pesakit yang semakin ramai.

15349537_1295997083798219_933840092399718341_n

Misi ini akan menentukan bantuan seterusnya.

Dr. Mohd Faizal Jalil
Ahli Misi 1
MyCARE / IKRAM Health
Acheh
11 Disember 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *