8 Perkara Yang Korang Wajib Buat Waktu Tunggu Posting Houseman, No 6 Paling Cool!

Artikel INI mendapat keizinan daripada penulis asal iaitu Dr. Zaiasraf Zainurin. Beliau merupakan seorang Graduan Perubatan UKM yang sedang menunggu panggilan housemanship. Boleh ikuti pautan artikel asal beliau  DI SINI

Macam-macam kerja kami buat sepanjang menunggu. Lama kot! Tutoring, research asistant, grab or uber driver, barista, jual suplement, promoter, kedai makan, kerja mini market, kerja hotel,meniaga dekat bazar, jadi housewife..banyak lagi lah..

Susah nak cari kerja yang sesuai. Tunjuk medical degree, mintak kerja promoter. Agak-agak laa, takut la employer nak hire kan? ahha..Bagi aku rugi ada medical degree tapi tak guna dekat kerja yang boleh manfaatkan degree kau.

Tapi banyak faktor kena amik kira. Faham jugak.Faktor terbesar, bukan semua tempat tinggal sekifar ada peluang kerja yg sesuai dengan medical degree kau.

1. Masa final pro exam, aku dah bosan study, biasanya aku browse mudah.my. Atau fb kerja kosong di melaka. Aku suka scroll, berangan nak kerja apa sementara tunggu houseman. Tahu dah kena tunggu lama..huhu

2. Settle je urusan daftar MMC, aku terus apply guru sandaran dekat PPD Daerah Melaka Tengah. Dekat borang tu sengaja aku tulis nama aku “Dr” dengan harapan, dapatlah kerja guru sandaran tu, sebab susah nak dapat dah sekarang ni..hehe

Selang dua ke tiga hari, aku dapat guru sandaran. opsyen fizik, SMJK Katholik Melaka. Semua lelaki sekolah ni. Majority Chinese. Sekolah sebelah gereja beb. Solat dalam bengkel KH. hehe

2. Masa jadi guru sandran, aku apply kerja dekat tuisyen centre. Aku cakap aku boleh ajar petang dengan weekend je. Dengan kepercayaan yg diberi boss pusat tuisyen, aku dapat tempoh percubaan mengajar. Bayaran rendah. Tapi buku, tempat semua disediakan.

Pagi, pergi sekolah. Petang dengan weekend dekat tuisyen centre. Awal2 cover kelas bila tutor lain tak ada. Penat study banyak benda. Math la barai sebab tinggal lama.

Masa free dekat sekolah katholik, aku guna tanya cikgu set-set soalan spm, pt3 yang aku tak ajar pun dekat sekolah tu. Aku kumpulkan, aku photostat, aku study. Tak faham aku manfaatkan cikgu-cikgu dalam bilik guru tu. Cara tanda kertas, format baru..semua lah..Diorang baikk gila!

Cuma yang tak best jadi guru sandran ni, gaji dia kecik, bayar ikut gaji level SPM. But again, masa ni aku belajar banyak…

3. Malam pulak, aku tolong ajar sedara nak exam pt3. Dibayar seikhlas hati. Aku tak tetapkan harga. Aku anggap macam latihan nak mengajar tuisyen.

jadi jadual aku:
pagi: 7.00am-4.30pm (sekolah)
petang: 5.00pm-7.00pm (tuisyen)
malam : 8.00pm-10.00pm (ajar sedara)
weeekend :9.00am-6.00pm (tuisyen)
weekend malam: kacau dodol..haha

4. masa tuisyen aku jumpa tutor2 yang buat home tutoring. Lepas beberapa bulan mengajar, aku berhenti guru sandaran. Focus tuisyen cetre& home tuisyen.

Aku tanya rate harga home tutor, cara nak iklankan perkhidmatan through fb, mudah.my dekat tutor dekat tutor-tutor yg dah lama ni. Diorang full time tutor. Ada yg master student dekat UteM.

Kalau gaji dah stable. Diorang even ajar aku daftar syarikat (SSM), buat account untuk tunjukkan cash flow, untuk buat loan kereta dengan rumah!

5. aku mula rajinkan diri baca buku keewangan, hartanah, sublet, sewaan, asb, unit trust…Sebab aku tahu sekarang nak apply scholarship for master susah, so aku kena ada backup saving nak sambung master. Dengan harapan nanti gaji HO tak boros. huhu..

oh dengan kena saving duit kawin. eh? Alhamdulillah boleh jugak sikit2 tolong belanja rumah, tolong ibu modal bisness sikit.

dengan start ambil medical card bayar guna duit sendiri

6. Bila dah stop guru sandaran, aku bosan pulak pagi tak ada kerja. Even terfikir nak kerja dekat kedai roti canai je pagi-pagi! at least tambah income.

Mula menyesal tolak offer dari surgeon Pantai Hosp untuk buat attachment dan dibayar gaji. Tunang staff pantai hosp, so dia punya kerja la ni asking around.

7. Tak berapa lama lepas tu. Ada sorang consultant anaest offfer buat attachment dekat Putra specialist. Sebab kebetulan ajar anak dia tuisyen.

Thanks to Datuk Dr Suffian. I choose surgical. Reason, nak revise scrub in, dengan belajar suture. At least masuk Ho ada basic sikit. One to one attachment with a consultant!

Thanks to him dia drill aku awal-awal anatomy, diseases, referral letter, suturing, scrubbing.

8. Aku add on sikit-sikit dengan cardio posting. Refresh ecg, echo, angio, dengar murmur, pleural rub,x-rays bla-bla. Setiap pagi rabu&jumaat pergi Hosp Besar Melaka. Visiting cosultant round. Kira aku follow visiting consultant. aku admit dalam 4-5 orang ikut dia, medical aku paling barai.

so jadual now:
8.00am-4.30pm: hospital attachment
5.00pm-7.00pm: tuisyen
8.00pm-11.00pm: tuisyen
11.00pm onwards study. (selalunya aku tido)

weekend: 9.00am-6.00pm tuisyen
malam weekend: kcau dodol kadang-kadang

enjoy? yup went hiking few times, mancing, spent masa dengan family, kawan-kawan,…

dah Ho nanti mesti rinduuu…

Sharing is caring!

About admin 51 Articles
IKRAM Health merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*