Buli – Masyarakat Mesti ‘Speak Out, Stand Up’ Untuk Memberhentikannya

Kebelakangan ini kita digemparkan dengan beberapa laporan berita berkaitan dengan kes buli di negara kita. Meskipun gejala buli ini sebenarnya telah lama berakar umbi dalam masyarakat di pelbagai peringkat, isu ini selalunya tidak dipandang serius oleh kita semua sehinggalah baru-baru ini apabila ia telah sampai ke tahap yang meragut nyawa mangsa yang dibuli. Lagi menyedihkan apabila ia berlaku pada peringkat umur di mana mereka sedang belajar dan menuntut ilmu di pusat pengajian. Siapa yang tak pernah kena buli di sekolah, kolej atau universiti?  Buli ini ada tahapnya; daripada tahap yang rendah, minimum atau sedikit-sedikit sehinggalah kepada yang melampau batas. Buli ini juga ada jenis-jenisnya;
  • Buli Fizikal – pukul, tendang, tampar...
  • Buli Mental - psiko, memberi tekanan...
  • Buli Bahasa – menggelar nama yang tidak disukai, ketawa, racism…
  • Buli Isyarat – menunjuk penumbuk, goyang punggung, jeling mata...
  • Peras Ugut – meminta wang, mengambil makanan, suruh gosok pakaian…
  • Buli Perhubungan – memulau, memfitnah, mengumpat…
  • Buli Seksual - meliwat, merogol, cyber seksual buli (wechat)...
  • Buli Siber - biasanya di komentar facebook dengan mengugut, mengutuk dan mengkritik yang melampau...
stop-bullying IKRAM Teens Shah Alam pada Sabtu yang lepas telah menjemput saya untuk berkongsi berkaitan masalah ini kepada adik-adik remaja dalam satu slot khas bersama mereka di Program Ijtimak Ramadhan IKRAM Selangor (IRIS), Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor. Saya mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana bijak memilih tajuk ini. Ia sangat-sangat relevan kepada mereka semua. Realitinya di mana selalunya berlaku gejala atau aktiviti buli ini di sekolah? Saya menekankan kepada mereka bahawa biasanya ia boleh berlaku dalam kelas, dalam perjalanan dari sekolah ke rumah, di kantin sekolah, di padang, di koridor sekolah, di dalam tandas, di tempat-tempat tersorok di belakang bangunan tertentu, malah juga boleh berlaku dalam perhimpunan sekolah, di perpustakaan dan secara online. Punca Membuli Antara sebab yang dikenal pasti adalah kerana faktor ibu bapa dan keluarga pembuli itu sendiri. Latar belakang pembuli banyak memberi kesan kepada pembesaran, kematangan dan pembawakan dirinya. Jika dia datang daripada keluarga yang kurang kasih sayang, keluarga yang bermasalah dan suka membuli, ia juga boleh memberi pengaruh kepada hati dan akalnya. Selain itu, faktor rakan sebaya di dalam dan luar sekolah juga boleh memain peranan kepada diri pembuli ini. Jika pemilihan dan pergaulan kawan tidak dipantau oleh ibu bapa, silap langkah anak-anak boleh terjebak dengan geng atau clan yang tidak baik. Pembuli ini mungkin suatu ketika dahulu pernah dibuli. Jadi, bagi seorang pembuli sekaranglah masanya untuk membuli semula kerana konon-kononnya sudah 'senior'. Pembuli juga mungkin pernah ada sejarah membuli dan pada waktu itu tiada siapa yang menangkap atau memberhentikannya, maka sehingga hari ini dia terus berani menjadi seorang pembuli. Pembuli juga mungkin seorang yang cemburu, dengki dan ada rasa tidak puas hati kepada seseorang itu, baik kerana faktor 'boyfriend-girlfriend', pelajaran atau aktiviti tertentu yang ada kelebihan pada mangsa, tetapi tidak pada si pembuli. Pembuli sebenarnya adalah seorang yang lemah. Tetapi, untuk menunjukkan dirinya kuat, pembuli akan buat gang dan seterusnya membuli orang yang 'nampak lemah sedikit' daripada dia. Mengejutkan ! Apabila saya bentangkan ciri-ciri pembuli dan mangsa pembuli, rupa-rupanya ada di kalangan adik-adik remaja ini pernah terlibat baik menjadi pembuli, mangsa pembuli bahkan juga 'bystander' yang sedang memerhatikan aktiviti pembulian berlangsung suatu ketika dahulu. The Bullying Circle:  Students’ Reactions/Roles in a Bullying Situation (Olweus) olweus Saya juga telah berpeluang menerangkan bagaimana biasanya dalam satu kejadian buli itu berlaku dan peranan setiap orang ketika itu berdasarkan carta 'Bullying Circle oleh Olweus'. Kemudiannya, kami telah membuat sedikit aktiviti berkumpulan sepertimana yang dirancang oleh AJK IKRAM Teens dengan memberikan mereka 3 senario yang berlainan untuk mensimulasikan semula kejadian buli itu dimana setiap peserta ada peranan dalam melakonkan watak pembuli, mangsa, pengikut, penyokong, bystander dan juga defenders. stop-bullying3 Walaupun sesi perkongsian ini tidak lama, Alhamdulillah kesemua mereka kini faham dan sedar tentang kesan, akibat daripada buli serta peranan yang mesti diambil oleh masing-masing jika berhadapan dengan kejadian buli terutamanya ketika di sekolah. Pastinya mereka juga sedar dan faham yang mereka takkan sekali-kali menjadi seorang pembuli. Dalam pada itu, saya sempat mengingatkan adik-adik ini bahawa setiap daripada kita adalah hamba Allah yang tiada beza kedudukan disisiNya melainkan ketaqwaannya kepada Allah swt. Jadi, tidak bolehlah merasakan diri itu lebih besar dan hebat daripada orang lain kerana sifat itu boleh membawa kepada sikap membuli. Mereka juga diingatkan supaya sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia dan bersikap memberi manfaat kepada orang lain, yang merupakan antara 10 Muwasofat Muslim sepertimana yang digariskan oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna. stop-bullying4   Speak Out, Stand Up ! Masyarakat perlu dipupuk, diajar dan didedahkan dengan tindakan 'Speak Out, Stand Up' ketika berhadapan dengan situasi buli. Jangan takut untuk luahkan dan melaporkan kejadian buli, lagi-lagi ketika berada di posisi 'bystanders'. Kita tidak bersalah jika melaporkannya. Malah ia akan banyak membantu untuk memberhentikan aktiviti itu daripada berulang dan berterusan. Jangan juga takut untuk mempertahankan mangsa buli daripada terus dibuli. Kita boleh melindunginya dengan membawanya jauh daripada pembuli dan memberikan ruang serta perlindungan yang lebih selamat dan selesa kepadanya. Percayalah, buli ini boleh diberhentikan dan dibendung daripada awal ! stop-bullying-main Mitos dan Fakta  Berikut dikongsikan beberapa Mitos yang telah lama menjadi dogma masyarakat sehingga menyebabkan budaya buli ini menjadi sukar untuk dibendung.
Mitos : Kegiatan membuli adalah sekadar berlaku pada peringkat awal, it is a normal part of life. Saya pernah melaluinya dulu, dan anak-anak saya akan juga merasainya... Fakta : Membuli adalah tidak normal dan merupakan tingkahlaku sosial yang tidak boleh diterima. Kita secara tidak langsung telah memberi pembuli satu kuasa kerana kita menerima norma tingkahlaku itu.    Mitos: Jika saya memberitahu seseorang, ia akan memburukkan lagi keadaan.  Fakta : Kajian menunjukkan kegiatan buli boleh diberhentikam apabila pihak berkuasa masuk camput atau sekurang-kurangnya rakan sebaya cakna dan prihatin.   Mitos : Kamu kena bangkit dan lawan balik !  Fakta : Adakalanya mereka yang terpaksa mempertahankan dirinya dengan melawan semula selalunya akan menyebabkan kegiatan buli ini semakin bertambah teruk dan akan memberi risiko kecederaan fizikal yang lebih serius.   Mitos : Kejadian buli ini selalunya berlaku di sekolah, para gurulah sepatutnya yang menguruskannya.  Fakta : Buli ini masalah sosial yang luas, yang juga berlaku di luar sekolah, di jalanan, di kompleks membeli belah malah juga di tempat kerja orang dewasa.  
Dr Nor Hidayah Jaris Pensyarah Perubatan Pelatih Psikiatri UiTM Ahli IKRAM Health dan PsikoSpiritual IKRAM (PSI) **Sumber dan panduan : Dr Harlina Bahar Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Hospital Selayang.

Ruang IKLAN

Sila hubungi kami untuk pengiklanan anda.
About admin 33 Articles
IKRAM Health merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*