Ahli IKRAM Health Berkampung Di Utara

Sharing is caring!

JITRA – Kira-kira 130 orang ahli IKRAM Health dan keluarga menjayakan IKRAM Health Family Day (IHFD 2017) yang telah berlangsung pada 28-30 Julai lalu di BDB Darulaman Golf Resort, Bandar Darulaman.


Bertujuan mengumpulkan ahli dari seluruh negara dan mengeratkan ukhuwah, program ini turut membincangkan peranan dan halatuju persatuan itu pada masa akan datang dalam Mesyuarat Agung Khas.


Pengarah IHFD 2017, Dr. Imadudin Johar berkata, melalui hari keluarga ini, IKRAM Health dapat mengemaskini pangkalan data ahli-ahlinya serta mengenal pasti kelebihan dan kekuatan mereka.


20507672_1389284034500969_7363259986081524237_o


“Ini penting bagi memperkasakan peranan IKRAM Health supaya dapat berfungsi secara optimum dalam masyarakat,” katanya.


Tambahnya, terdapat enam sesi utama program ini antaranya perkongsian refleksi 20 tahun bermula dengan penubuhan Medical Interest Group (MIG) hinggalah kepada IKRAM Health oleh Prof. Dr. Abd. Rashid Abd. Rahman.

dinner-steamboat-4


Diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti outdoor, turut diadakan sesi perkongsian pelaksanaan resolusi Hari Keluarga 2016 oleh Dr. Abdul Halim Sibghatullah, Yang Dipertua IKRAM Health dan juga penyampaian mengenai “Medical Indemnity Insurance”.


Seramai 90 ahli IKRAM Health yang terlibat telah dibahagikan kepada lapan kumpulan fokus untuk berbincang dan membentangkan aspek kesihatan bersekutu, pelajar perubatan, latihan dan pendidikan berterusan, kajian dan penerbitan, media, ekonomi, kemanusiaan dan fiqh medik.


Turut hadir memeriahkan hari keluarga ini adalah mantan Yang Dipertua IKRAM Health, Prof. Madya Dr. Oteh Maskon.

20615671_1389283794500993_3879194309304338856_o


Jelas Dr Imadudin, beberapa resolusi program ini telah dicapai antaranya memperkasakan unit-unit IKRAM Health dalam merealisasikan perancangan IKRAM Health, dan memperkemaskan langkah dan strategi serta engagement dengan NGO dan institusi lain.


“Resolusi juga bersetuju untuk mengetengahkan anak-anak muda dalam kalangan ahli IKRAM Health untuk memimpin pelbagai medan dakwah dalam relung perubatan dan kesihatan,” ujarnya.

group-discussion-imam-humanitarian
Semoga objektif hari keluarga IKRAM Health kali ini tercapai dan resolusinya mampu dilaksanakan bagi meluaskan lagi amal dakwah dalam sektor perubatan dan kesihatan, insya-Allah.

Sumber : ikram.org

Sharing is caring!

About admin 44 Articles
IKRAM Health merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*