90% Penduduk Setuju Larangan Merokok Di Restoran

Satu soal selidik ringkas yang dijalankan oleh Unit Penyelidikan SELBAR mendapati bahawa 94.1% penduduk bersetuju jika dilaksanakan kempen bebas asap rokok di restoran-restoran terbuka.

Seramai 51 responden telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang dijalankan semasa berlangsungnya program Family Fun Walk di Denai Alam, Shah Alam pada hari Ahad yang lepas.

Program komuniti yang dianjurkan bersama oleh Denai Alam Resident Association (DARA), Sime Darby, MPP Zon 22, SELBAR dan KOSPEN itu telah disertai hampir 350 peserta di kalangan penduduk yang juga melibatkan para peserta kanak-kanak. Ia telah dirasmikan oleh YB Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik.

20914594_717851411758700_1514989970202991977_n

00f78a97-460c-47e9-9d4e-30cc36e898ae

YB Yaakob sendiri kemudiannya juga telah mengambil kesempatan untuk berjalan bersama-sama dengan para peserta sejauh 2 km sehingga mengelilingi sebuah tasik di kawasan tersebut.

20992529_717851371758704_591541382281069558_n

Turut menyertai soal selidik SELBAR ini adalah perokok (7.8%) dan juga bekas perokok (9.8%). Apa yang mengejutkan adalah kesemua bekas perokok itu bersetuju dengan perlaksanaan kempen bebas asap rokok di restoran-restoran manakala daripada kalangan perokok pula adalah seramai 3 daripada 4 responden.

setuju

kesan

Seramai 66.7% responden berpendapat bahawa perniagaan restoran akan terus maju jika kempen ini dapat dilaksanakan, manakala 5.9% responden pula mengatakan ia boleh memberikan kesan kemerosotan kepada perniagaan restoran itu.

Sementara itu, 23.5% responden pula merasakan bahawa perokok tidak akan endah dengan larangan merokok yang dikuatkuasakan, dan selebihnya pula tidak pasti apakah kesan yang akan berlaku.

Kebelakangan ini terdapat banyak rungutan daripada masyarakat awam terutamanya di media-media sosial berkaitan dengan perokok yang merokok di restoran-restoran tanpa menghiraukan orang lain di sekelilingnya. Kajian membuktikan bahawa perokok sekunder juga mempunyai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan apabila terdedah dengan asap rokok.

Sehubungan dengan itu, ada gesaan daripada pihak tertentu yang ingin kerajaan supaya mengetatkan lagi undang-undang merokok di tempat-tempat awam dan memperkasakan penguatkuasaannya.

20915079_717844928426015_6169747448010657412_n

Dalam pada itu, soal selidik tersebut juga mendapati 56.9% responden pernah mendengar nama kempen SELBAR ini. Ia sebenarnya merupakan pencapaian yang agak baik untuk SELBAR yang
kini telah mula mendapat perhatian masyarakat khususnya di negeri Selangor ini.

SELBAR adalah kempen Selangor Bebas Asap Rokok yang dianjurkan bersama oleh IKRAM Health dan MySihat bermula pada awal Mei 2017 yang lepas. Kempen ini mendapat sokongan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga iBANTU serta NGO-NGO tempatan yang lain.

Layari facebook.com/selbar.selangor untuk mendapatkan info lanjut berkaitan kempen SELBAR.

#SelangorBebasAsapRokok

Laporan oleh,

Dr Mohd Afiq Mohd Nor

Pengarah Operasi Kempen SELBAR

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.