Kenyataan Media : TAKZIAH

KENYATAAN MEDIA : TAKZIAH

14 September 2017

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) mengucapkan takziah kepada seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung, Kuala Lumpur dan ahli keluarga yang terlibat dalam musibah kebakaran yang berlaku pada pagi ini.

Innalilahi wainna ilaihiraji’uun, dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

Semoga Allah swt mengampuni dan merahmati mereka yang telah kembali kepada-Nya.

Kami mendoakan agar Allah memberi ketenangan, kekuatan dan kesabaran kepada semua warga Maahad dan ahli keluarga.

Di kesempatan ini, kami juga ingin menyeru agar masyarakat tidak menyebarkan video & gambar-gambar menunjukkan insiden & mangsa yang telah terkorban dalam kejadian ini bagi menghormati ahli keluarga serta semua pihak yang terlibat

Sekian.

Dr Abdul Halim bin Shibghatullah

Yang dipertua,

IKRAM Health

Sharing is caring!

About admin 69 Articles
IKRAM Health Malaysia merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.