Tausihah dan Taujihah Untuk House Officer

Sharing is caring!

Perjumpaan dengan kamu, mengimbau perjalanan hidup saya ketika saya menjadi naqib kepada doktor-doktor ikhwah di Mesir. Kami amat kesian akan mereka. Namun, di sana tetap ada tanggungjawab yang mesti dipikul.

Saya ingin tegaskan, bahawa tempoh Housemen ini adalah tempoh terbaik untuk kamu membina tarbiah zatiah. Dalam tempoh ini, usaha kamu dalam membangunkan diri kamu adalah lebih besar berbanding peranan jemaah dalam membangunkan kamu. Kamu perlu memahami bahawa terdapat 3 jenis tarbiah, iaitu :

1. Tarbiah Jamiah
Di antara murobbi – mutarobbi secara berjemaah.
Ini adalah satu bentuk yang penting dalam tarbiah.
Merupakan satu bi’ah memberikan kita peluang yang luas untuk kita berkembang dalam aspek tarbawi.

2. Tarbiah Fardiah :
Ia adalah melibatkan hubungan tarbawi antara murobbi – mutarobbi secara persendirian.

3. Tarbiah zatiah
Aspek ini yang kamu perlu berikan tumpuan dalam tempoh HO ini.
Apabila peluang & pemantauan jemaah berkurang, maka bertambahlah peranan kamu untuk mentarbiah diri sendiri.

Tarbiah Zatiah itu meliputi :
> Zatiah bersama Allah
> Zatiah dengan diri sendiri
> Zatiah dalam dakwah
> Zatiah dalam masyarakat

Apakah hasil tarbiah yang kita perolehi daripada ketiga-tiga jenis tarbiah tersebut?
~ Sahkhsiah / Akhlakiyyah
~ Keimanan
~ Fikriyyah
~ Ukhuwah
~ Badaniyyah
~ Dakwiyyah & harakiyyah
~ Tanzimiyyah
~ Ibadiyyah

Tarbiah imaniyyah —> Tarbiah ibadiyyah —> tarbiah akhlakiyyah —> tarbiah fikriyyah
—> tarbiah kemasyarakatan (sosial) —> Tarbiah Siyasiyyah (politik)
—> Tarbiah iktisodiyyah(ekonomi) —> tarbiah sulukiyyah (tingkah laku)

Jangan sesekali kamu menganggap bahawa tarbiah siyasi adalah parti politik semata-mata. Namun tarbiah siyasi adalah lebih besar aspeknya, ia meliputi apa sahaja yang kamu lakukan dengan melibatkan hati-hati manusia.

Sebagai seorang pendakwah, kamu mesti memikirkan juga mengenai aspek ekonomi, kerana ia merupakan satu pedang yang mempunyai dua mata. Ekonomi akan menyebabkan kamu semakin hebat berdakwah atau kamu meninggalkan medan dakwah. Sepatutnya kamu mengawal ekonomi untuk dakwah, bukan kamu dikawal oleh ekonomi.

Nabi s.a.w bersabda : Sebaik-baik nikmat adalah harta yang baik di tangan mukmin yang baik.

Di antara aspek tarbiah ini, yang paling penting adalah TARBIAH IMANIYYAH. Kerana :
Tanpa iman, maka tiadalah terbentuk tarbiah-tarbiah yang lain
Iman adalah satu tenaga/sumber kekuatan. Apabila iman ini kuat, ia akan mengerakkan medan-medan tarbiah yang lain.
Iman yang akan mendorong saya berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Sebab itu, tarbiah lain akan berpucuk daripada kehebatan iman kamu.

PAKSI-PAKSI PEMBENTUKAN DIRI
> Allah
> Diri sendiri
> Dakwah
> Manusia

BERSAMA ALLAH
Kamu perlu lakukan :
1. Membaharukan niat & ikhlas dalam amal
2. Tadabbur & berfikir
3. Zikir kepada Allah : perlu kamu mempunyai risalah mathurat yang asal, keadaan-keadaan harian kamu, zikir mutlak seperti istighfar, takbir , tahmid dll
4. Ibadat doa & bersungguh-sungguh meminta kepada Allah s.w.t. Pastikan kamu memastikan hati kamu hadir semasa doa. (Surah Al Furqan : Aku tidak pedulikan kamu kecuali dengan doa kamu).
5. Ibadat secara rahsia
6. Sedekah secara rahsia
Pastikan pada diri kamu, kamu mempunyai ibadah yang rahsia dengan Allah. Pastikan dalam 2 tahun ini, kamu ada Hubungan Rahsia dengan Allah s.w.t dengan kamu tidak mendedahkan kepada orang lain. Kamu berdua-duaan dengan Allah s.w.t sahaja. Tanpa orang ketiga.
7. Muroqobah (merasai Allah memerhatikan kita) dalam kata-kata, perbuatan samada kamu bersendirian atau beramai-ramai. Jika hubungan kamu dengan Allah kuat, pasti hubungan kamu dengan manusia akan kuat. Ingatlah manusia adalah makhluk Allah.

DENGAN DIRI SENDIRI :
Menjayakan diri dalam sudut keimanan.
1. Ibadat : mengambil seluruh kesempatan untuk beribadat.
2. Berakhlak dengan akhlak yang mulia.
3. Membentuk keterampilan diri, meningkatkan ilmu & kualiti kerja.
4. Persiapan ekonomi.
5. Membina diri untuk keluarga. Ingat, Baitul Muslim adalah salah satu wasilahnya.

BERSAMA DAKWAH :
Mengambil peluang untuk bersama-sama program dakwah & tarbiah
1. Ingatkah kamu mengenai peperangan Tabuk, dimana ada sekelompok sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan namun mereka mendapat pahala yang sama seperti sahabat yang berperang.
2. Mereka ini adalah yang tidak dapat menyertai peperangan disebabkan keuzuran. Begitulah kamu, kamu mungkin tidak dapat menyertai usrah,halaqah, muqayyam, daurah. Keuzuran kamu adalah hospital, namun jangan kamu lepaskan peluang untuk mendapat pahala ini.
3. Ingat, hati kamu mesti bersama-sama ikhwah walaupun jasad kamu di hospital.
4. Sentiasa berHubung secara emosi sesama ikhwah. Yang paling simple adalah sms, calling, doa dll.
5. Berhubung secara fikrah. Melalui pembacaan dll
6. Sentiasa memantau, berinteraksi, menyumbang dan follow up mengenai dakwah & tarbiah

Inilah projek dakwah yang mesti kamu sertai dalam tempoh Housemen ini. Kamu mesti melaksanakannya.

BERSAMA MANUSIA
Bersama dengan ketua kamu iaitu Medical Officer, Specialist, Head of Department.
Mereka besar, hebat & lebih senior daripada kamu. Kamu kecil, lemah & junior. Namun kamu merupakan rijal-rijal dakwah, kamu membawa message, risalah dan matlamat. Oleh itu, kamu lebih hebat daripada mereka. KAMU LEBIH HEBAT DARIPADA MEREKA !

Ikhwah wal akhwat, kamu mulia kerana membawa risalah ini!
Mereka adalah mad’u kamu, berfikirlah macam mana untuk kamu menyampaikan kebaikan kamu kepada mereka.
Jagalah Hubungan kamu dengan pesakit & family mereka.
Bagaimana hubungan kamu dengan family, kawan-kawan, dan semua kenalan kamu?
Seorang pendakwah mesti mempunyai mentaliti & objektif dlm dakwah untuk kamu sampaikan kepada mereka
Kamu perlu tentukan apa message yang kamu nak sampaikan di hospital.
Ingat, kamu perlu ada target dalam robtul am.

Ingat ikhwah, ini lah beza antara doktor biasa dengan kamu.
Kamu perlu jadikan kerjaya kamu selaras dengan matlamat dakwah!

Inilah juga yang kami lakukan untuk dakwah dan tarbiyah ikhwah akhwat di Mesir, di kalangan doktor-doktor muda apabila mereka memasuki zaman Housemen, seorang naqib tidak boleh menggunakan tenaga mereka. Namun, strategi ini adalah tanggungjawab seorang doktor ikhwah. Medan amal kamu adalah :
Bersama dengan bos (MO, Specialist, consultant)
Bersama dengan kawan-kawan
Bersama Pesakit
Bersama dengan family / kawan-kawan lama.

Seorang naqib akan menjaga doktor muda ini dan membantu mereka dalam medan dakwah tersebut.

Naqib akan memberi target, mungkin robtul am 5 orang dalam 2-3 bulan. Ianya mesti diselarikan dengan amal pekerjaan dan amal dakwah.

Ikhwah, kita adalah pemimpin, bukan hanya sekadar menajadi orang yang dipimpin!

SIAPA BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA UNTUK MELAKSANAKAN AMANAH INI?
ANGKAT TANGAN KAMU. JANGAN JATUHKAN TANGAN KAMU.


“YA ALLAH, ENGKAU MENJADI SAKSI AKAN JANJI-JANJI MEREKA.”

IKHWAH, INI JANJI KAMU, ALLAH SEDANG MENYAKSIKAN KAMU. JANGAN KAMU MUNGKIRINYA.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU. WAALLHUA’LAM.


Goldcourse Hotel,
IKRAM HEALTH JUNIOR RETREAT 2013

Sharing is caring!

About admin 44 Articles
IKRAM Health merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*