Perutusan Takziah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

26 September 2017 / 5 Muharram 1439H

Almarhum Dr. Ahmad Atiq: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa dukacita atas pemergian aktivis IKRAM Perak yang juga Pengerusi IKRAM Health Perak, Dr. Ahmad Atiq Abd. Hamid, 31, akibat pendarahan otak pada malam tadi.

IKRAM mengucapkan takziah kepada isterinya, Dr. Mai Shahira Meor Hazizi, kaum keluarga serta IKRAM Perak atas kehilangan sebutir permata yang amat bernilai ini.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, Almarhum muncul pelajar terbaik peperiksaan SPM 2003 dengan memperoleh keputusan 15A.

Bapa kepada dua cahaya mata, graduan University of Nottingham ini merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar serta aktivis IKRAM dan IKRAM Health yang gigih menggerakkan dakwah dan tarbiah.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Almarhum Dr. Atiq ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.

Hj. Nahar Md. Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.