Doktor: Antara Stress dan Rahmat yang diberikan untuk Pesakit

Doktor; antara stress dan rahmat yang diberikan untuk pesakit.

Tidak ada doktor yang begitu happy untuk beroncall. Kepenatan. Tak cukup tidur. Sendi dan kaki sakit. Perut kepedihan tak sempat makan. Ditambah dengan karenah pesakit yang bukan sebarangan (orang sakit memang jarang ada yang happy dan tenang).

Namun bebanan terbesar adalah; memastikan mereka survive malam dan hari kita beroncall itu. Time begitu sedikit teman sekerja yang ada. Di waktu itu hanya ada Allah sahaja untuk kita mohon kekuatan dan perlindungan.

Malam sebelum aku oncall, kawan aku terlepas untuk review seorang pesakit yang ada aortic dissection. Dia missed by 8 hours. Patient mati 3 jam selepas itu. Trauma itu menghimpitnya sampai hari ini.

Kami semua jadi sangat ketakutan dan end up review semua pesakit dengan details walaupun pukul 2-3 pagi di waktu cerebral cortex deprive of sleep. Ada seorang pesakit aku miss by 2 jam. Dengue fever with compensated shock. Sudah pun leaking dan keep on leaking. Haematocrit 50 dan tak mahu turun despite fluid!! Night mare!


(Doktor medical akan tahu time ini virus denggi tu dah jadikan blood vessels tengah buka all the pores so apa juga fluid yang masuk dalam badan akan keluar macam paip bocor).

Dalam keadaan begini, kita bagi fluid apa juga kat pesakit dia akan bocor dan terus bocor. I miss by 2 hours tapi Allah selamatkan dia.

Kami buat rileks je depan patients awal-awal tapi by the time dia pergi HDW ramai doktor kerumun dia.
“Doktor, saya takut doktor. Ada apa-apa berlaku kat saya ke?”

Aku memang tak dapat sembunyikan ketakutanku. Dengue mortality is nightmare for all medical personels. Aku genggam tangannya dan dalam diam aku mendoakan agar dia akan keluar dari kritikal phase itu.

“Sekarang ini memang tahap puan kritikal. Tapi insyaallah semuanya akan baik. Doa banyak-banyak pada Allah. Virus itu dah jadikan salur darah puan leaking. Air dah ada di paru-paru dan perut tapi tak banyak. “

“Saya takut doktor.” Di kirinya ada dobutamine untuk bantu jantungnya untuk pump darah dan kanannya tergantung human albumin 5% untuk membantu tekanan darahnya stabil. “Insyaallah puan. Puan akan sembuh.

Kami buat yang terbaik. Puan banyakkan doa.” Kerana dialah aku stay di hdw untuk beberapa jam sehingga tak sempat untuk berehat sebelum rounds di 6 ward medical yang lain.

Jika bukan kerana ibadah, jika bukan kerana rahmat, jika bukan mengimani bahawa menyelamatkan seorang nyawa itu umpama menyelamatkan sebuah ummah, barangkali tidak ada kemanisan di dalam pekerjaan ini.

Alhamdulillah, patient itu survive. Tidak ada komplikasi lanjutan. Senior specialist infectious disease yang membantuku merawat pesakit ini memelukku setelah kami keluar dari hdw itu. Lega. Teramat sangat. Syukur pesakit selamat!

Alhamdulillah! Banyak kematian kami lihat dari virus denggi ini. Akhirnya kami menyedari, jika tidak adanya rahmat Allah, tidak adanya pertolongan Dia, nescaya kami tidak mampu berbuat apa-apa. Banyakkan bergantung pada Dia, itulah kunci kekuatan kita.

Dr Muharikah

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.