Mesyuarat Agong Tahunan IKRAM Health 2018

3 Mac 2018, Dewan Komples IKRAM Selangor- Alhamdulillah telah selesai dengan jayanya Mesyuarat Agong Tahunan IKRAM Health Malaysia untuk tahun 2018. Majlis yang dihadiri itu berjaya menghimpunkan kira-kira 150 ahli dan semua wakil Negeri IKRAM Health Malaysia di seluruh negara.


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Di-Pertua IKRAM Health Malaysia, Dr. Abdul Halim Bin Shibghatullah seterusnya pembentangan laporan tahunan dan kewangan semasa oleh Setiausaha Kehormat, Dr. Mohd Afiq Bin Mohd Nor. Terima kasih kepada ahli dan wakil negeri yang memberikan cadangan dan komentar semasa sesi soal jawab secara dua hala diadakan.


Seterusnya majlis diserikan dengan pemberian Sijil Anugerah yang berjumlah RM 9000.00 kepada wakil Unit Kardiologi PPUKM atas kejayaan menjayakan Projek Komuniti Masyarakat Pemeriksaan Penyakit Jantung Iskemik dan seterusnya Sijil Pendidikan kepada Calon MMED, Unit Kardiologi PPUKM, Saudara Ruslan Mustapa yang berjumlah RM5000.00. Untuk makluman, kedua buah projek ini adalah program usaha kerjasama bersama Sukarelawan IKRAM Health Malaysia.

Terima kasih juga diucapkan kepada wakil IMAM Response & Relief Team – IMARETI dan Mediwealth Consultancy kerana membuka gerai jualan seterusnya memberikan ruang kepada peserta yang hadir untuk mendaftar keahlian dan bertanyakan soalan yang berkaitan.

Moga Mesyuarat Agong Tahunan 2018 kali ini membuka lembaran baru untuk IKRAM Health Malaysia terus ke hadapan lebih maju dalam menjayakan agenda Gagasan Pembentukan Negara Sihat Dengan Rahmah.

#IKRAMHealthMalaysia#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

Sharing is caring!

About admin 65 Articles
IKRAM Health Malaysia merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.