Surirumah dan Emosi

Kerjaya sebagai seorang surirumah bukanlah kerjaya yang mudah.

Mengapa dikatakan surirumah sebagai kerjaya? Kerana ia adalah satu bentuk PEKERJAAN. Mereka tidak duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa tugasan. Mereka tidak hanya duduk santai dan berehat.

Dr Nor Hidayah Jaris, salah seorang ahli IKRAM Health dan juga ahli Psiko-Spiritual IKRAM telah dijemput untuk memberikan sesi perkongsian tentang “Suri & Emosi” baru-baru ini di Melaka. Program tersebut telah dianjurkan oleh Suri Rumah Ramah Melaka.

Dalam perkongsian itu, beliau menjelaskan bahawa setiap hari, pasti ada “check-list job” yang perlu disiapkan. Dan bukan senang untuk melengkapkan “check-list” tersebut. Ujian dan cabaran untuk menyiapkan satu tugasan ke satu tugasan sangatlah rumit dan kadangkala sehingga menyebabkan suri berasa letih dan penat untuk melawan ujian tersebut yang akhirnya menyebabkan kerja-kerja rumah tidak dapat juga disempurnakan.

Oleh sebab itu, seorang surirumah mempunyai risiko untuk mengalami masalah berkaitan emosi.

Tidak salah mempunyai emosi. Gembira, sedih, marah, cemas atau tidak suka adalah emosi kurniaan daripada Allah untuk kelangsungan hidup kita di bumi ini. Emosi perlu untuk membuat keputusan dan juga penyatuan sesama insan.

Namun, emosi ini perlu dikawal kerana emosi yang tidak terkawal boleh menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti mencederakan diri, anak-anak atau pasangan.

Selain daripada teknik deep breathing exercise, meluahkan perasaan dengan kawan atau menulis di dalam diari, beliau juga berkongsi beberapa cara lain untuk mengawal emosi iaitu mengawal emosi dengan mengawal fikiran kita.

Emosi, fikiran dan perbuatan saling berkait.

Dalam perkongsian ini, Dr Hidayah mengajak para suri rumah untuk mengenal pasti apakah emosi mereka dan apakah fikiran yang berkait dengan emosi tersebut.

Pada kebiasaannya, emosi yang negatif adalah disebabkan fikiran yang negatif. Maka adalah penting untuk kita menguruskan fikiran yang negatif ini.

Dr Hidayah telah berkongsi cara untuk menguruskan fikiran negatif ini dengan “challenge the negative thoughts”- mencabar fikiran negatif tersebut.

Sebenarnya, fikiran negatif ini kebanyakkannya adalah dari fikiran kita sendiri. Kita berfikiran negatif tanpa ada bukti nyata dan jelas.

Selain itu, fikiran negatif ini sering dipengaruhi oleh faktor luaran seperti sosial media dan kata-kata orang sekeliling.

Penting untuk kita menilai faktor luaran tersebut sebelum menerimanya bulat-bulat dan berfikiran negatif tentang diri kita.

Beliau juga menggalakkan para peserta untuk membuat ayat-ayat positif sebagai pemangkin semangat para surirumah sebagai salah satu cara untuk menguruskan emosi.

Disamping itu, beliau telah menerangkan secara ringkas “Common psychiatry illness” di Malaysia seperti Major Depressive Disorder, Anxiety Disorder, Schizophrenia, Bipolar Disorder dan Obsessive Compulsive Disorder.

Perkongsian ini telah membuka mata para surirumah yang hadir untuk semakin cakna dengan isu-isu kesihatan mental. Mereka juga semakin jelas akan pentingnya emosi yang positif kerana ia akan menzahirkan tingkahlaku yang positif serta menjadi contoh kepada anak-anak.

Seorang surirumah sebenarnya layak untuk mendapat hadiah (reward) daripada pasangan masing-masing kerana surirumah telah menjadi “manager” di dalam rumah dan menguruskan rumahtangga dengan terbaik sepanjang ketiadaan suami.

Sharing is caring!

About admin 73 Articles
IKRAM Health Malaysia merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.