Logo Rasmi IKRAM Health

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan. Ini termasuk Doktor Perubatan, Pergigian, Farmasi, Jururawat, Sokongan Perubatan dan Kesihatan, Pentadbir Hospital dan Klinik serta semua yang bekerja dibahagian industri kesihatan.

IKRAM Health telah didaftarkan secara rasminya pada 16 Oktober 2012 dan Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan pada 16 Mac 2013 dengan jayanya.

VISI

Memperkasakan Islam dan menyumbang kepada penegakan syariat Islam melalui bidang kesihatan sejajar dengan aspirasi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

MISI

  1. Membangunkan institusi berlandaskan kesihatan yang menjadi contoh dan rujukan kepada masyarakat.
  2. Menyusun dan mengembleng tenaga rumpun kesihatan untuk mencapai visi.
  3. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kesihatan.
  4. Menjalankan aktiviti kesihatan untuk kebajikan ummah.

OBJEKTIF

  • Mengembleng sumber tenaga ahli IKRAM daripada kalangan warga kesihatan dan perubatan serta staf sokongan.
  • Memacu dakwah melalui bidang kesihatan.
  • Menjadi tempat rujukan kerjaya bagi doktor-doktor muda.
  • Melaksanakan program-program khidmat kesihatan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
  • Mengadakan latihan dan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar perubatan.


HUBUNGI KAMI

Alamat : Level 3, No 8C, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

No. Telefon : +60 18-236 1007 (Executive Secretary)

Email: ikram.health@gmail.com

Follow Facebook Page : IKRAM Health

Sharing is caring!