Kutukan atas Tragedi Ghoutar

 

Kenyataan Media Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)

Kutukan atas Tragedi Ghoutar

22 Ogos 2013

Segala puji bagi Allah swt tuhan sekalian alam dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Sekali lagi dunia dikejutkan dengan berita serangan ke atas rakyat syria oleh regim Bashar Al Assad yang telah mengorbankan 1364 rakyat syria (sumber daripada i4Syria) di wilayah Ghouta, timur Damsyik.

Dilaporkan bahawa mereka yang terkorban diserang ketika mereka sedang lena tidur di rumah masing – masing.

Dilaporkan bahawa sejenis senjata kimia telah digunakan dan ia dipercayai sebagai gas sarin.

Gas sarin merupakan sejenis agen saraf yang tosik berbentuk cecair atau wap dan diserap ke dalam badan melalui kulit, mata dan pernafasan.

Mangsa yang terdedah dengan gas sarin akan mengalami pelbagai gejala yang menyiksakan seperti rembesan cecair badan  berlebihan (glandular hypersecretion) seperti di dalam paru-paru dan pundi liur, lumpuh satu badan, koma, sawan dan pernafasan berhenti (respiratory depression).

Ini jelas melanggar Geneva Protocol 1925 yang mengharamkan penggunaan segala jenis bentuk senjata kimia.

Kami daripada IKRAM Health mengutuk sekeras – kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam ini.

Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk menyatakan pendirian dan mendesak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu(PBB) dan Persidangan Kesatuan Islam(OIC) untuk membuat satu siasatan penuh atas kejadian ini dan mendakwa individu yang bertanggungjawab di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court).

Sekian, terima kasih.

 

Prof Dr Mohammed Fauzi Abdul Rani
Yang Dipertua
Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.