Laksanakan Strategi Generasi Penamat Rokok

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal  diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan melarang penjualan tembakau  dan rokok elektronik kepada individu yang lahir selepas tahun 2005. Langkah yang digelar sebagai  ‘Strategi Generasi Penamat’ ini diharapkan mampu mengekang penggunaan produk hasil tembakau dan  rokok elektronik dalam generasi yang disasarkan. 

Kami mencadangkan langkah-langkah berikut: 

1. Tangani pendapat awam dengan cermat 

KKM harus menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan rang undang-undang ini kepada  rakyat. Selain daripada kelebihan dari sudut kesihatan awam, KKM juga perlu memberi  penjelasan berkenaan isu-isu berbangkit bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan orang  awam. Contohnya, penjelasan harus diberikan berkenaan bagaimana langkah ini tidak melarang  penjualan hasil tembakau dan rokok elektronik oleh peruncit secara terus dan menyeluruh.  Sebaliknya, dasar ini dijangka mampu memberikan impak positif kepada golongan  berpendapatan rendah. KKM perlu menangani pendapat awam dengan berhati-hati dan  melibatkan pemegang-pemegang taruh berkaitan untuk mendorong orang awam untuk memilih  kesihatan sejagat. 

2. Kuatkuasa secara teratur dan berkesan 

Berikutan pewartaan larangan merokok di semua premis makanan dan minuman pada tahun  2020, didapati rata-rata rakyat patuh terhadap larangan tersebut. Penguatkuasaan ketat secara  berterusan diperlukan untuk memastikan tujuan utama undang-undang ini berjaya dicapai.  Kerajaan perlu menjelaskan pelan penguatkuasaan dengan teliti kepada orang awam.  Penguatkuasaan yang berkesan bakal mematahkan tuduhan bahawa langkah ini akan  meningkatkan keberadaan rokok seludup dalam pasaran. Kerjasama antara kementerian seperti antara KKM dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah diperlukan dalam mengurangkan penjualan rokok  seludup. 

3. Laksanakan keputusan sukar demi generasi akan datang 

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 11.6% daripada golongan remaja  merupakan perokok, 7.5% menggunakan rokok elektronik dan 15.6% daripada remaja berusia  antara 15-19 tahun adalah pengguna hasil tembakau. Statistik ini adalah membimbangkan kerana  kita sedia maklum berkenaan kesan buruk penggunaan hasil tembakau terhadap kesihatan.  Undang-undang ini mampu melindungi generasi yang lahir selepas tahun 2005 daripada bahaya  rokok dan produk hasil tembakau. Ahli-ahli Parlimen perlu mempunyai keazaman politik yang jitu  seperti yang diperlihatkan semasa penetapan larangan-larangan berkaitan COVID-19 dalam  menimbang tara antara kebebasan individu dan kesihatan awam jangka panjang, demi kesihatan  anak-anak dan cucu-cucu semua Rakyat Malaysia. 

Gabungan Kesihatan Malaysia menyeru kesemua ahli Parlimen untuk menyokong Akta Kawalan  Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan dan kesemua Rakyat agar menyokong pelaksanaan  langkah bersejarah ini untuk melindungi generasi masa hadapan. 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. 

Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 23 Julai 2022

Senarai tandatangan penuh:  

Organisasi  

1. Academy of Medicine Malaysia 

2. Association of Malaysian Optometrists 

3. Asthma Malaysia 

4. College of Anaesthesiologists 

5. College of Physicians 

6. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia 7. IKRAM Health Malaysia 

8. Islamic Medical Association of Malaysia 

9. Lung Cancer Network of Malaysia 

10. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 11. Malaysian Association of Clinical Biochemists 

12. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 13. Malaysian Association of Enviromental Health 

14. Malaysian Coalition on Ageing 

15. Malaysian Dental Association 

16. Malaysian Paediatric Association 

17. Malaysian Pharmacists Society 

18. Malaysian Public Health Physician Association 

19. Malaysian Society of Anaesthesiologists 

20. Malaysian Society of Clinical Psychology 

21. Malaysian Society of Ophthalmology 

22. Malaysian Thoracic Society 

23. Medical Mythbusters Malaysia 

24. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 25. MedTweetMy 

26. National Cancer Society of Malaysia 

27. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia 

28. Perinatal Society of Malaysia 

Individu  

1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy 

2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS 

3. Dato’ Dr Jahizah Hassan 

4. Dr Khor Swee Kheng 

5. Dr Leong Kei Joe 

6. Prof Dr Asri Said 

7. Prof Dr GR Letchuman Ramanathan 

8. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon 

9. Prof Dr Roslina Abdul Manap 

10. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy 

11. Puan Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid 

Diselaraskan oleh: Dr Sean Thum, Chen Fan Jie 

Diterjemahkan oleh: Ahmad Aizat Zaini

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.