Dr Faizal kongsi pengalaman pertama kali menyertai misi bantuan gempa bumi di bumi Acheh

Ini merupakan pertama kali saya berada di bumi Acheh. Saya pergi bukan untuk berjalan-berjalan tapi kerana menyertai misi bantuan kemanusiaan gempa bumi oleh IKRAM Health dan MyCare.

15492040_1295997123798215_6455669886205794145_n

Catatan Ringkas pada 10 Disember 2016
1. Pidie Jaya adalah antara kawasan yang terjejas akibat gempa bumi yang kami turun memberikan bantuan. Kebanyakan jalan raya masih boleh dilalui dan mangsa-mangsa yang terlibat ramainya ditempatkan di posko (pusat penempatan) sementara.

2. Menurut penduduk tempatan, gegaran-gegaran kecil masih berlaku selepas gegaran pertama pada awal pagi 7 Disember. Banyak masjid, rumah, dewan, gerai telah musnah akibat gempa bumi ini. Jumlah kematian dan kemusnahan adalah memang tinggi sepertimana yang telah dilaporkan di media-media massa.

3. Masyarakat masih takut untuk pulang ke rumah disebabkan kemungkinan berlaku gegaran-gegaran yang menyebabkan kemusnahan.

4. Namun, kelihatan aktiviti berjual beli telah dimulakan semula. Elektrik juga telah dijanakan semula di kawasan-kawasan yang terjejas. Hospital yang paling hampir dan masih berfungsi untuk penempatan pesakit ialah di Hospital Sigli dan Hospital di Banda Acheh.

15421019_1295997070464887_855598204960759700_n

5. Walaubagaimanapun, jumlah pesakit di hospital ini terlalu ramai sehinggakan boleh kelihatan pesakit terpaksa ditempatkan di koridor untuk mendapatkan rawatan.

6. Kerajaan Indonesia tealah mengambil inisiatif yang baik dengan menghantar staf-staf perubatan ke hospital-hospital tersebut. Kebanyakan kes yang dirawat adalah kes-kes trauma seperti patah tulang, luka badan, kecederaan kepala dan lain-lain.

7. Kesihatan kanak-kanak mulai menurun terutama di tempat-tempat penempatan sementara. Kes-kes yang banyak berlaku seperti demam dan gatal-gatal kulit.

8. Staf-staf perubatan dianggarkan cukup untuk menampung keperluan merawat pesakit. Namun keperluan seperti ubat-ubatan dan implan, semakin berkurangan untuk menampung jumlah pesakit yang semakin ramai.

15349537_1295997083798219_933840092399718341_n

Misi ini akan menentukan bantuan seterusnya.

Dr. Mohd Faizal Jalil
Ahli Misi 1 MyCARE / IKRAM Health

Acheh
11 Disember 2016

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.