5 Nasihat Penting Selamatkan Anda Daripada Asap Rokok di Hari Lebaran, Boleh Cuba Tip ke-4

Pada Hari Raya nanti, pastinya satu perkara yang anda tidak mahu berlaku adalah bernafas dengan asap rokok si perokok, instead of udara yang segar nikmat kurniaan Allah swt.

Asap rokok ini jika terdedah bukan sahaja berbahaya kepada Perokok Pasif Sekunder, malah juga kepada Perokok Pasif Ketiga. Kedua-dua golongan ini sangat malang kerana secara tidak sengaja dan tidak dapat dielakkan akan terkena tempias kesan asap rokok yang diketahui banyak komplikasinya kepada kesihatan terutama kepada paru-paru.

Berikut dikongiskan bagaimana anda boleh mengelakkan diri daripada asap rokok menyelubungi persekitaran anda:

1. Jangan biarkan orang merokok di dalam rumah anda

Your House, Your Rules! Jika ada saudara mara atau tetamu ingin merokok, minta mereka merokok di luar rumah. Jangan anggap air cond, mesin filter coway anda atau jendela yang terbuka dapat membersihkan udara daripada asap rokoknya.

Maaf, jangan mudah bagi toleransi walaupun di hari raya ya.

kererta

2. Jangan bagi orang merokok di dalam kereta anda

Your Car, Your Rules Juga! Kalau ada saudara mara yang menumpang kereta anda ketika nak pergi berjalan ziarah raya dan dia nak merokok, please suruh dia turun dulu dan naik semula apabila dah hilang bau pada mulut dan pakaiannya. Membuka tingkap tak cukup untuk selamatkan paru-paru anda.

Kalau anda yang menumpang? Naiklah kereta saudara lain. hehehe…

3. Jangan bagi orang merokok di hadapan anak-anak

Ia bukan sahaja untuk selamatkan paru-paru anak anda tapi juga mental dan psikologinya supaya tidak terdedah dengan kegiatan merokok itu.

Samaada anda tarik anak anda, atau minta dia pergi merokok jauh-jauh tersembunyi daripada pandangan mata anak-anak.

baby

Kalau anda ada bayi kecil, lagilah anda kena strict dengan rule ini! Bukan sahaja dukung, bersalam tangan bau rokok pun bahaya untuk si kecil anda. Kalau tak, anda akan end up bawa anak ambil neb di klinik atau hospital nanti.

4. Letak signboard ‘No Smoking/Vaping’ di rumah anda

Kalau anda segan nak tegur orang merokok, bolehlah letak siap-siap signboard ini. Walaupun ini ‘rare’ dilakukan orang, anda boleh mencubanya.

Kalau dia merokok juga, ‘ehem ehem’ la dekat dia sambil jeling pada signboard anda.

nosmoke_novape

5. Tawarkan sokongan berhenti merokok

Tip terakhir, Jika anda memiliki pasangan, anggota keluarga dan saudara mara dekat yang merokok, maka tawarkan sokongan dan dorongan agar mereka berhenti merokok.

Boleh daftar ke jomquit.com atau klinik berhenti merokok yang terdekat.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Nafas Segar di Aidilfitri

Pesanan oleh:
Team SELBAR : Selangor Bebas Asap Rokok

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.