Kakitangan IKRAM Pusat Semakin Cakna Kesihatan

IKRAM Health, Kesihatan

Kempen kesihatan i-Fit 2017 anjuran Ibu Pejabat IKRAM telah melabuhkan tirainya semalam yang memperlihatkan perkembangan positif kakitangannya yang semakin cakna dengan kesihatan diri.

“Syukur kempen i-Fit mula menampakkan kesan positif kepada kakitangan IKRAM untuk menjaga kesihatan terutamanya dalam aspek kuantiti pengambilan makanan dan pengurangan berat badan,” kata Sekretariat i-Fit, Cik Siti Nur Adibah Zulkafli.

Tambahnya, sebelum majlis penutup kempen i-Fit 2017, para kakitangan IKRAM disajikan dengan perkongsian contoh aktiviti senaman, gaya hidup sihat dan pemakanan efektif terutamanya bagi menurunkan berat badan oleh pengasas senaman Follow The Beat, En. Mohd Sufian Sulaiman.

“Ini penting supaya momentum penjagaan kesihatan dalam kakitangan IKRAM akan berterusan meskipun kempen i-Fit sudah tamat,” jelasnya.

Kempen ini telah berlangsung selama enam bulan bermula April hingga September lalu dengan pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah kesihatan, pengurusan emosi, pertandingan pingpong, kempen derma darah dan kelas aerobik.

“Insya-Allah, saya optimis kempen sebegini akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan kerjasama yang amat dalam baik kalangan urusetia dan kakitangan untuk menjayakannya,” kata Adibah.

Rujukan : IKRAM.org.my

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.