Sumbangan Diperlukan Untuk Misi Flotila ke Gaza 2018

SUMBANGAN DIPERLUKAN UNTUK MENGHANTAR AHLI IKRAM HEALTH MALAYSIA BAGI MENYERTAI MISI FLOTILA KE GAZA 2018

4 orang aktivis IKRAM Health Malaysia bersama 8 orang lagi aktivis dari Malaysia akan bersama-sama dalam Misi Flotila ke Gaza bermula Mei ini sehingga Ogos 2018.

Misi yang diberi nama “Right to a Just Future for Palestin” adalah anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC), gerakan solidariti yang berakar umbi masyarakat antarabangsa dengan matlamat untuk menamatkan kepungan haram Israel ke atas Gaza.

Antara ahli FFC yang akan terlibat dalam misi kemanusiaan ini ialah Ship to Gaza Norway, Canadian Boat to Gaza, Ship to Gaza Sweden, Rumbo a Gaza Spain dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Penyertaan rakyat Malaysia dalam misi ini sekaligus mewakili rantau Asia Tenggara khususnya, dan negara-negara Islam amnya dalam usaha menghentikan keganasan dan ketidakadilan Zionis Israel ke atas Gaza.

Misi kali ini akan menaiki kapal yang diberi nama Al Awda (Pulang) dan ia adalah kesinambungan daripada 2 misi yang MyCARE sertai sebelum ini iaitu Mavi Marmara (2010) dan Women’s Boat to Gaza (2016) .

Sebanyak RM15K dana diperlukan untuk menampung jumlah kos perjalanan mereka.

Oleh itu, kami mengalu-alukan sumbangan duit yang boleh dilakukan melalui 2 langkah berikut:

1) INFAQ

melalui akaun atas nama PERSATUAN KESIHATAN IKRAM MALAYSIA
No akaun CIMB : 8602951198

2) MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA PADA KAMI

Ref: ‘flotila’
atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +0182361007 (Cik Aqilah)

Terima Kasih.
Semoga Allah merahmati anda semua!

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.