Misi Flotila Ke Gaza Telah Berlepas

Alhamdulillah, wakil pertama IKRAM Health Malaysia, saudara SN. Rizuwan Kamaruddin telah berlepas pada 27 May lepas untuk menyertai misi antarabangsa Flotila ke Gaza tahun 2018.

Inshaallah bakal berlepas pada akhir bulan Jun 2018 pula ialah wakil yang kedua, Dr. Faizal Zulkifli selain Dr. Fauziah dan Dr. Yusri Musa yang bakal menyertai pusingan kemudian kelak. 

Saudara Zool Fadli dan Izu telah mula berlayar pada awal pagi tadi dari pelabuhan Wilhemshaven, Jerman menuju ke La Rochelle, Perancis. Pelayaran dijangka mengambil masa selama 6 hari.

Zool Fadli, antara aktivis MyCARE dari Pahang yang terpilih merupakan seorang Pengurus Kewangan TM Info-Media (subs. TM Berhad) giat menjalankan aktivi-aktiviti kemanusiaan sejak 2015 di Malaysia, dan juga di kem-kem pelarian Palestin di Lubnan.

Pelayaran kedua ini akan diberikan perhatian penuh oleh jururawat tunggal dalam misi ini, iaitu SN Rizuwan Kamarudin (Izu). Beliau merupakan aktivis daripada IKRAM Health Malaysia dan pernah mengikuti misi MyCrops South Asia, Somali Land Relief Mission dan program-program rawatan di Malaysia seperti Kampung Orang Asli dan Depoh Imigresen KLIA.

Mari bersama mendoakan beliau yang bakal bersama sukarelawan MyCARE dalam memperjuangkan solidariti dan kelangsungan perjuangan pembebasan Palestin.

#ikramhealthmalaysia #foodflotilatogaza

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.