NASIHAT KESIHATAN ORANG AWAM MENGENAI JEREBU

 

1. Jerebu merupakan satu keadaan pengumpulan partikel-partikel dan bahan-bahan pencemaran sehingga menyebabkan pemandangan udara di sekitar menjadi kabur.

2. Udara semasa jerebu mengandungi gas-gas berbahaya seperti carbon monoxide, sulphur dioxide, nitrogen dioxide dan ozone. Asap jerebu juga logam-logam seperti Iron, Aluminium, Zinc, Plumbum, Cadmium dan Cadmium.

3. Pendedahan unsur-unsur ini kepada orang ramai boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti conjunctivitis, acute pharyngitis, upper respiratory tract infection, brochial asthma, exarcebation of chronic obstructive pulmonary disease, radang paru-paru (pneumonia) dan serangan jantung. Kesan kesihatan terhadap jerebu ini dilihat dalam masa 1 hingga 3 hari setelah seseorang itu terdedah kepada jerebu. Mereka yang lebih berisiko untuk mendapat masalah kesihatan adalah kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, COPD dan lain-lain.

4. Kadar keterukan jerebu boleh dinilai mengikut Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Saranan kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berdasarkan bacaan IPU mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

5. Kami menyarankan agar sebarang aktiviti luar yang melibatkan keramaian/perkumpulan orang ramai dilakukan di dalam bangunan (indoor) apabila IPU menunjukkan bacaan tidak sihat (lebih 100). Sebarang aktiviti di luar bangunan yang melibatkan aktiviti fizikal atau aktiviti sukan pula disaran untuk ditangguhkan. Ini adalah kerana aktiviti fizikal akan menyebabkan kadar pernafasan meningkat dan lebih banyak asap jerebu yang berbahaya akan disedut.

6. Sekiranya aktiviti luar tidak dapat dielakkan, tempoh masa berada di luar bangunan perlu disingkatkan. Petugas-petugas dan peserta-peserta yang berada diluar perlu memakai penutup muka dan hidung. Namun adalah diingatkan pemakaian penutup muka dan hidung dalam jangka masa yang lama mungkin menimbul rasa tidak selesa dan kesukaran untuk bernafas.

7. Sekiranya IPU menunjukkan bacaan sangat tidak sihat (lebih 200), kami menyarankan orang ramai agar mengelakkan sebarang aktiviti di luar bangunan, menutup pintu, tingkap dan kekal di dalam rumah. Orang ramai juga digalakkan untuk kerap meminum air sepanjang jerebu berlaku.

8. Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti perubatan terdekat sekiranya terdapat tanda-tanda seperti sakit dada, kesukaran untuk bernafas, lelah atau pengsan sepanjang jerebu ini berlaku.

Dr Abdul Halim Sibghatullah
YDP IKRAM Health

Disediakan oleh:
Dr Mohamad Fadli bin Khairie
Pegawai Kesihatan Awam
Ahli IKRAM Health
15 September 2019

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.