Anda Jururawat? Ini 6 Tragedi ‘Sketsa Roster Raya’ Yang Mungkin Terjadi Pada Anda!

Artikel INI mendapat keizinan daripada penulis asal iaitu SN. Zamri Shahri, seorang Jururawat lelaki yang berdedikasi dengan kerjaya beliau dan berasal dari Seremban. Boleh ikuti pautan artikel asal beliau DI SINI

1) PASRAH TAPI TAK REDHA

Tragedi ini biasa nya berlaku kepada misi-misi yang dah pun dapat beraya tahun lepas dan kini tiba giliran mereka pula menyarung uniform putih keramat di pagi raya.

Walaupun diri sendiri sudah faham memang giliran nya untuk bekerja di pagi raya,tapi jauh di sudut hati hanya tangisan Kak Pah yang kedengaran. Allah…allah…bertabah lah Kak Pah !! Jangan kombang dakwat pen atas kertas masa akak tulis report nanti yo. Sabar yer kak !!

Bagi-bagi lah orang lain pulak berghayo. Sudah ompek tahun asyik Kak Pah sajo yang update status FB SOLAMAT AGHI RAYO. Apa kato tahun ni, Kak Pah berselfie sikit dalam ward pagi ghayo sambil minum air kopi panas. Amacam kak?

2) TERPAKSA DAN DI PAKSA

Tragedi ini biasa nya melibatkan hadek-hadek junior atau para senior yang masih kebujangan. Alahai…alasan yang biasa kita dengar,

“ Ayob, kome ni bujang lagi. Bagi lah hakak-hakak kome yang berlaki beranak pinak balik ke kampung tu beraya”

Hellooo…apa kome pikir orang bujang ini, kalau beraya duduk sorang-sorang di rumah sambil tengok gala aidilfitri dan mengunyah kueh semprit ??

Bagi lah depa peluang cuti walaupun dah lapan tahun kerja membujang. Mak dan Ayah depa pun kecik hati. Asal bujang kena kerja, asal kena kerja jer habis sapu semua anak bujang. Kepandaian apakah ini?

3) SERBA SALAH WALAU TIDAK BERSALAH

Tragedi ini lagi perit. Bercuti tapi kaki kena ikat sebelah di hospital. Mana tidak nya, Roster raya kena cover oncall. Alahai…nak berjalan jauh pun tidak tenteram jiwa dan raga. Sudah lah kena sampai ke hospital dalam masa setengah jam dari waktu dipanggil, kalau tidak, explanation letter lah jawab nya.

Tapi yang paling menarik nya, waktu cover oncall raya ini lah macam-macam kes pelik berlaku. Biji tasbih masuk dalam telinga lah, jari hilang sebatang sebab terkena mercun jiran sebelah rumah lah, Bacaan Kencing Manis sampai tidak bernombor lah, dan macam-macam lagi kes yang jarang-jarang kita jumpa selain hari raya.

Alahai..kakak-kakak, abang-abang,adik-adik dan pakcik makcik sekalian. Jaga diri anda elok-elok yer.. Please..please..kali ini jer.

So, mereka yang terlibat. Please, “Don’t put your phone under silent mode ya”. Ingat Deringan, Ingat Hospital !!

4) PEDIH MELEPASKAN MU

Tragedi ini memang sangat menyentuh hati. Kira kalau duduk sorang-sorang boleh meraung sampai satu Seremban dengar.Mana tidak nya, Raya bulan Jun tapi planner Raya dah request bulan Januari.

Ini saya nak bercerita kisah benar berkaitan tragedi kategori ini, Kak Piah ( bukan nama dalam i/c), dah siap request untuk cuti raya pada bulan januari. Tetiba bulan Februari masuk dua orang staff nurse pertukaran dan kedua-dua nya mengandung malah tarikh jangkaan bersalin mereka juga hampir-hampir sama di akhir bulan Mei.

Fuuuhhh….remuk hati Piah dibuatnya. Sudah tentu lah hakak-hakak diva yang baru masuk itu akan dapat cuti raya dengan mudah kan. Nampak gaya nya, kau terpaksalah lepaskan hasrat beraya mu Piah sebab ward kekurangan staff. Mak buyung dah cuti berjemaah.

Bertabah lak kak !!

5) JALAN DULU, NANTI SAYA MENYUSUL KEMUDIAN.

Tragedi ini biasa nya melibatkan misi-misi yang sangat bertoleransi. Bagi mereka ‘Win-win situation’ sangat menguntungkan. Contohnya, mereka rela untuk bekerja Satu, Dua malah Tiga hari raya sekalipun tapi….

Ya, bersyarat !! Tapi, apabila mereka yang bercuti raya telah pulang bekerja, maka tiba giliran mereka pula bercuti. Bukan sikit hari beb, ada antara mereka yang bercuti sampai 10 hari. Berbaloi !! Ini baru bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kepada mereka yang bercuti panjang ini, jangan pula bua-buat lupa hari anda kena naik kerja dan jangan pula makan ketupat rendang berlebih-lebih sehingga terpaksa mendapatkan MC a.k.a cuti sambungan. ( Tak cukup cuti?hihihihi…)

6) MUAH..MUAH..SISTER I LOVE U !

Senario ini adalah khusus untuk mereka yang dapat bercuti hari raya. Bayangkan, walaupun bertegang urat dengan sister malah siap hentak-hentak meja lagi. Apabila mendapat tahu cuti raya diluluskan, yahoooo..Terima kasih sister, i love you. Sister lah manusia yang paling disayangi ketika itu.

Tapi, ada juga tragedi “i love you sister” yang sangat menyakitkan hati dan penuh dengan dendam kesumat iaitu apabila Kaki kipas dan aircond mendapat cuti raya panjang seperti biasa, lagi dan lagi.

Hakikatnya, sesiapun tidak dapat menafikan hal ini, gelagat dan karenah manusia. Bagi mereka yang terasa teraniaya, jangan sedih. Ingat Tuhan dan berdoalah. Pasti Tuhan berada di pihak anda.

#fightfornurses
#demamrosterraya

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.