Pengenalan

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) merupakan sebuah NGO di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan. Ini termasuk Doktor Perubatan, Pergigian, Farmasi, Jururawat, Sokongan Perubatan dan Kesihatan, Pentadbir Hospital dan Klinik serta semua yang bekerja di dalam industri kesihatan.
IKRAM Health telah didaftarkan secara rasminya pada 16 Oktober 2012 dan Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan pada 16 Mac 2013 dengan jayanya.
VISI
Memperkasakan Islam dan menyumbang kepada penegakan syariat Islam melalui bidang kesihatan sejajar dengan aspirasi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
MISI
- Membangunkan institusi berlandaskan kesihatan yang menjadi contoh dan rujukan kepada masyarakat.
- Menyusun dan mengembleng tenaga rumpun kesihatan untuk mencapai visi.
- Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kesihatan.
- Menjalankan aktiviti kesihatan untuk kebajikan ummah.
OBJEKTIF
- Mengembleng sumber tenaga ahli IKRAM daripada kalangan warga kesihatan dan perubatan serta staf sokongan.
- Memacu dakwah melalui bidang kesihatan.
- Menjadi tempat rujukan kerjaya bagi doktor-doktor muda.
- Melaksanakan program-program khidmat kesihatan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
- Mengadakan latihan dan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar perubatan.

Hubungi Kami
Lokasi
Consultant Suite 10, Level 2, Hospital Pakar An-Nur, Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi
09.00 AM – 05.00 PM
Isnin – Jumaat
Hubungi Kami
Telefon l +60-18-236 1007
Emel l [email protected]