Hari Keluarga IKRAM Health 2016

Hari Keluarga IKRAM Health 2016 kali ini adalah yang paling bersejarah sejak ia mula dianjurkan pada tahun 1999. IKRAM Health Pahang sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk menjayakan pertemuan yang sudah masuk kali ke-7 ini.

Kehadiran yang mencecah hampir 60 buah keluarga, merangkumi 300 orang peserta termasuk kanak-kanak adalah jumlah yang paling besar dicapai untuk pertemuan sebegini. Jumlah ini adalah sebenarnya hampir 1/2 daripada keseluruhan ahli IKRAM Health yang ada di seluruh tanah air.

Majoriti yang hadir adalah daripada golongan muda dan ini telah memberi harapan dan jaminan yang besar bahawa perjuangan dakwah IKRAM dalam rumpun kesihatan dan perubatan ini mempunyai perwaris yang akan terus menyambung legasi dakwah yang telah mula diusahakan oleh para senior sekarang.

Malah organisasi IKRAM Health di Pusat dan kebanyakan negeri-negeri juga kini telah diterajui oleh anak-anak muda yang penuh semangat, sambil ia sentiasa dipandu oleh hikmah para senior yang ada.

 

 

 

 

 

Pertemuan kali ini bukan sahaja semata-mata untuk bertaaruf dan berukhuwwah antara ahli-ahli yang hadir, malah telah berlaku perbincangan dan perancangan yang besar dan hebat untuk direalisasikan dalam dunia kesihatan kepada negara dan dunia, insya Allah.

Semoga IKRAM Health akan terus menjadi salah satu peneraju utama dalam membangun dan menigkatkan tahap kesihatan masyarakat di negara kita seiring dengan slogannya “Building a Healthy Nation with Rahmah”.

[sgmb id=”1″]

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.