“Jahat Macam Budak Yang Bakar Tahfiz”

Pagi ini dada-dada akhbar dipenuhi dengan cerita punca sebenar kejadian Tahfiz terbakar. Perangai akhlak buruk keji lagi hina budak-budak yang membakar itu telah menjadi bualan hangat para netizen sehingga kita mungkin akan mempunyai figurative language of expression yang baru. Isteri saya semalam akibat tak puas hati dengan perihal rakan sekerja beliau telah mengungkapkan “perangai macam budak bakar tahfiz” untuk menggambarkan perangai orang yang pada pandangannya tak berhati perut.

Oleh kerana mereka yang terlibat itu positif dadah kesemuanya, maka banyaklah orang yang sibuk memperkatakan tentang bahaya dadah kepada golongan muda. Tapi saya percaya apa apa masalah pun ia mestilah multi factorial dan disumbangkan oleh banyak sebab.

Dari sudut medical/psychiatry perangai orang orang jahat ini mungkin boleh digolongkan dalam kategori penyakit personaliti (personality disorders) iaitu Antisocial personality disorder. Mengikut sistem ICD10 yang digunakan di UK dan Eropah, mereka digelar dissocial.

Dalam teks teks lama berorientasikan psychoanalysis mereka lebih sering dipanggil dengan istilah psychopathic. Sebab itulah kalau anda seorang yang suka duduk bersendirian dan tak suka berkawan, jangan panggil diri anda Antisocial. Orang yang tahu akan ingat anda adalah orang jahat. (haha!)

Walau bagaimanapun dari sudut teknikal, masih terlalu awal untuk memberi diagnosa tersebut kepada budak-budak yang bakar tahfiz kerana mereka masih muda dan personaliti mereka masih di peringkat pembentukan.

Apa itu antisocial personality?

Bahasa mudahnya orang jahat. Kalau ikut code DSM5 yang dikeluarkan oleh American Psychiatry Association ia menggariskan ciri ciri seperti: selalu melanggar undang-undang sehingga kena tangkap, selalu menipu, impulsive (bertindak tak fikir panjang), selalu berkelakuan agresif dan marah2, tidak kisah dengan keselamatan diri atau orang lain dan tidak ada remorse (kekesalan selepas buat benda jahat).

Terdapat banyak teori tentang bagaimana seseorang itu boleh menjadi antisocial. Sedikit pengaruh constitutional temperament (personality sejak lahir), genetik, dadah, pengaruh persekitaran dan alam kanak-kanak yang penuh trauma.

Fonagy et al 2003 membuat rumusan bahawa pada 18 bulan pertama seseorang bayi itu dia akan mempunyai tanggapan bahawa dirinya dan alam sekitar adalah objek yang sama dan tidak asing. Sebagai contoh seorang bayi kecil sebelum usia 18 bulan tidak faham apa maksudnya perkataan “saya” atau “mereka”. Kalau mereka sakit perut mereka tidak terfikir “my stomach is hurting ” tetapi “something hurts”.

Sigmund Freud memanggil konsep ini sebagai “primary narcissism”. Sebagai contoh bila seseorang bayi itu kesejukan lalu diselimutkan dan dihangatkan oleh ibu bapanya, maka dia akan beranggapan bahawa kehangatannya itu adalah akibat kemahuannya dan kerjanya sendiri. Dengan kata lain mereka mempunyai salah faham bahawa mereka mempunyai maha kuasa untuk mengawal segalanya (omnipotent control).

Sandor Ferenczi (1913) membincangkan tahap tahap di mana seseorang kanak kanak itu beransur ansur sedar bahawa tanggapan mereka mempunyai maha kuasa (omnipotent control) ini adalah palsu. Bila mereka memasuki tahap kedua dan semakin matang, mereka mula sedar bahawa mereka tidaklah boleh mengawal semua benda tetapi ia dipindahkan kepada ibu bapa mereka.

Mereka mula percaya ibu bapa boleh berkuasa melakukan apa-apa sahaja. Sebagai contoh terdapat kes di mana seseorang anak meminta emaknya menghentikan hujan kerana dia hendak bermain-main di taman permainan. Bila mereka semakin matang dan mengalami frustration yang kerap kerana expectation mereka kerap tidak dipenuhi barulah mereka sedar dan menerima hakikat yang sangat tidak attractive bahawa tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa yang tidak ada batasannya.

Tahap-tahap penerimaan hakikat ini boleh terbantut (fixated) sehingga seseorang itu mempunyai pemikiran omnipotent control yang berterusan hingga ke alam dewasa. Omnipotent control atau pemikiran bahawa seseorang itu berkuasa ke atas sesiapa sahaja dan tidak perlu risau akibat buruk di atas perbuatannya merupakan ciri-ciri psikologi utama seseorang psychopath.

Ibubapa yang terlalu memanjakan anak anak mereka dan tidak menetapkan batas dalam memenuhi kehendak anak anak mereka akan menguatkan lagi konsep omnipotent control. Sering kita dengar bila seseorang anak itu get into trouble di sekolah atau dengan pihak berkuasa, ibubapa akibat resentment sendiri terhadap pihak berkuasa atau sekolah akan menyalahkan sekolah dan bukannya anak itu.

Instead of helping the child to feel frustrated and accept the reality that omnipotent control is false, what these parents do is only reinforcing it.

Sejarah hidup seseorang psychopath itu juga dipenuhi dengan ketakutan, ketidaktentuan dan kerisauan yang teruk sewaktu kecil kerana persekitaran yang tidak bagus langsung untuk tumbesaran seorang kanak kanak. Mereka tidak ada seorang figure yang boleh menyayangi mereka secara konsisten. Mereka mungkin mempunyai emak yang masochistic (self-defeating) , selalu berada dalam kemurungan dan mostly emotionally absent throughout their childhood.

Ataupun seorang bapa yang sadistic (suka mendera), selalu tak dapat mengawal emosi dan juga tidak konsisten dalam parenting. Ahli keluarga yang mengambil dadah, melakukan jenayah, berpindah randah, bercerai berai dan kematian ahli keluarga yang disayangi merupakan perkara yang biasa didengar.

Dalam keadaan yang hostile begini, mereka tidak berpeluang merasa early omnipotent control yang normal, dan juga mereka tidak berpeluang faham bahawa bila mereka tidak berkuasa, ada orang yang boleh bantu dan lindungi mereka.

Jadi mereka menghabiskan sepanjang umur mereka tercari-cari affirmation terhadap omnipotent control mereka dengan melakukan perbuatan jenayah dan kejahatan terhadap orang lain. Hanya dengan berbuat jahat terhadap orang lain, mereka berasa in control dan selesa terhadap self esteem diri sendiri.

Walaupun pada pandangan umum golongan psychopath sering ditemui di dalam penjara, apa yang lebih membimbangkan adalah psychopath yang ditemui memegang jawatan tinggi. Mereka mungkin tidak melakukan jenayah atau mungkin terlalu licik untuk memanipulasi undang undang supaya tidak ditangkap. Golongan ini mungkin berpendidikan tunggi, polished, very charming and sophisticated.

Namun konsep mereka menjaga self esteem mereka tetap sama dengan semua psychopath iaitu mereka hanya berasa tenang dengan menunjukkan kekuasaan mereka terhadap orang lain. Golongan ini diterangkan dengan dengan panjang lebar oleh Babiak and Hare dalam buku Snakes in Suits (2007).

Saya teringat supervisor saya menceritakan bahawa meremang bulu roma di lehernya bila menemui seorang kanak2 berusia 5-6 tahun di kliniknya yang menceritakan dia menyeksa seekor anak kucing dengan mimik muka begitu selamba dan tidak ada perasaan bersalah langsung.

Kedua dua ibu bapanya adalah golongan terpelajar dan budak ini besar kemungkinan akan jadi seorang yang ‘berjaya’ dan mengawal hidup ramai orang.

Tulisan oleh:
Dr Mohd Hazreen Abdul Rashid
Ahli EXCO IKRAM Health
Pegawai Perubatan Sarjana Perubatan Psikiatri

Sumber gambar : Sosial Media

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.