Gabungan Kesihatan Malaysia mengambil berat tentang laporan terkini mengenai pemilikan terkini dan operasi aplikasi MySejahtera. Kami mengalu-alukan pengumuman rasmi daripada Yang Berusaha Menteri Kesihatan mengenai pemilikan MySejahtera yang dikeluarkan pada 27 Mac 2022, tetapi kami juga mengambil maklum pengumuman daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada Mac 2022 agar kerajaan “mengambil alih operasi aplikasi MySejahtera tanpa sebarang kos tambahan”.
Kami menegaskan kepentingan aplikasi pengesanan kontak yang seragam di peringkat kebangsaan dalam menangani wabak Covid-19. Kami menyeru kerajaan agar melindungi pemilikan aplikasi MySejahtera. Kami menyatakan beberapa isu penting yang mungkin terjadi jika kita tidak mempunyai pemilik yang amanah dan boleh dipercayai untuk aplikasi MySejahtera, termasuklah kebocoran maklumat peribadi, penyalahgunaan maklumat awam dan kemerosotan tahap keyakinan awam. Seterusnya, ini akan menghakis kepercayaan awam terhadap tadbir urus dan kebertanggungjawaban kerajaan; kedua-dua aspek ini penting untuk menjayakan peralihan ke fasa endemik untuk wabak Covid-19.
Kami menyeru kerajaan untuk meningkatkan semula kepercayaan umum terhadap aplikasi MySejahtera melalui kemas kini terma dan syarat yang jelas. Ini merangkumi menerbitkan dokumen undang-undang yang menerangkan tadbir urus data (termasuklah pelayan web, pihak yang mempunyai akses terhadap maklumat peribadi dan cara pengurusan maklumat). Rakyat perlu mengetahui tentang struktur semua syarikat yang terbabit, sebagai salah satu bahagian tadbir urus yang baik. Perubahan pemilikan secara teknikal untuk aplikasi MySejahtera tidak wajar dilakukan melalui rundingan tertutup tanpa pengetahuan rakyat.
Aplikasi MySejahtera telah menjadi satu bahagian yang penting untuk menangani Covid-19 di Malaysia. Kami menyeru usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan untuk meningkatkan keseimbangan antara privasi maklumat dan ketelusan kesihatan awam. Kerajan dan Kementerian Kesihatan perlu mewujudkan usaha untuk meningkatkan kepercayaan awam terhadap MySejahtera, termasuklah penggubalan undang-undang, jika perlu. Melindungi kesihatan Rakyat dan privasi maklumat perlu berjalan serentak dan tidak boleh dikompromi. Kesihatan awam memerlukan kepercayaan awam untuk berjaya.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 31 Mac 2022
Senarai Tandatangan:
Persatuan
1. Academy of Medicine Malaysia
2. Association of Malaysian Optometrists
3. College of Ophtalmologists
4. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia 5. IKRAM Health Malaysia
6. Islamic Medical Association of Malaysia
7. Malaysian Association of Clinical Biochemists 8. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 9. Malaysian Coalition on Ageing
10. Malaysian Nurses Association
11. Malaysian Pharmacists Society
12. Malaysian Society of Clinical Psychology
13. Malaysian Society of Ophtalmology
14. Malaysian Thoracic Society
15. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 16. MedTweetMy
17. MMA Public Health Society
18. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia 19. Perinatal Society of Malaysia
20. Public Health Physicians Association
Individu
1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy
2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS
3. Dr Khor Swee Kheng
4. Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail
5. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon
6. Prof Dr Roslina Abdul Manap
Diselaraskan oleh: Dr Nur Nabila binti Nasharuddin