Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan melarang penjualan tembakau dan rokok elektronik kepada individu yang lahir selepas tahun 2005. Langkah yang digelar sebagai ‘Strategi Generasi Penamat’ ini diharapkan mampu mengekang penggunaan produk hasil tembakau dan rokok elektronik dalam generasi yang disasarkan.
Kami mencadangkan langkah-langkah berikut:
1. Tangani pendapat awam dengan cermat
KKM harus menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan rang undang-undang ini kepada rakyat. Selain daripada kelebihan dari sudut kesihatan awam, KKM juga perlu memberi penjelasan berkenaan isu-isu berbangkit bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan orang awam. Contohnya, penjelasan harus diberikan berkenaan bagaimana langkah ini tidak melarang penjualan hasil tembakau dan rokok elektronik oleh peruncit secara terus dan menyeluruh. Sebaliknya, dasar ini dijangka mampu memberikan impak positif kepada golongan berpendapatan rendah. KKM perlu menangani pendapat awam dengan berhati-hati dan melibatkan pemegang-pemegang taruh berkaitan untuk mendorong orang awam untuk memilih kesihatan sejagat.
2. Kuatkuasa secara teratur dan berkesan
Berikutan pewartaan larangan merokok di semua premis makanan dan minuman pada tahun 2020, didapati rata-rata rakyat patuh terhadap larangan tersebut. Penguatkuasaan ketat secara berterusan diperlukan untuk memastikan tujuan utama undang-undang ini berjaya dicapai. Kerajaan perlu menjelaskan pelan penguatkuasaan dengan teliti kepada orang awam. Penguatkuasaan yang berkesan bakal mematahkan tuduhan bahawa langkah ini akan meningkatkan keberadaan rokok seludup dalam pasaran. Kerjasama antara kementerian seperti antara KKM dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah diperlukan dalam mengurangkan penjualan rokok seludup.
3. Laksanakan keputusan sukar demi generasi akan datang
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 11.6% daripada golongan remaja merupakan perokok, 7.5% menggunakan rokok elektronik dan 15.6% daripada remaja berusia antara 15-19 tahun adalah pengguna hasil tembakau. Statistik ini adalah membimbangkan kerana kita sedia maklum berkenaan kesan buruk penggunaan hasil tembakau terhadap kesihatan. Undang-undang ini mampu melindungi generasi yang lahir selepas tahun 2005 daripada bahaya rokok dan produk hasil tembakau. Ahli-ahli Parlimen perlu mempunyai keazaman politik yang jitu seperti yang diperlihatkan semasa penetapan larangan-larangan berkaitan COVID-19 dalam menimbang tara antara kebebasan individu dan kesihatan awam jangka panjang, demi kesihatan anak-anak dan cucu-cucu semua Rakyat Malaysia.
Gabungan Kesihatan Malaysia menyeru kesemua ahli Parlimen untuk menyokong Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan dan kesemua Rakyat agar menyokong pelaksanaan langkah bersejarah ini untuk melindungi generasi masa hadapan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 23 Julai 2022
Senarai tandatangan penuh:
Organisasi
1. Academy of Medicine Malaysia
2. Association of Malaysian Optometrists
3. Asthma Malaysia
4. College of Anaesthesiologists
5. College of Physicians
6. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia 7. IKRAM Health Malaysia
8. Islamic Medical Association of Malaysia
9. Lung Cancer Network of Malaysia
10. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 11. Malaysian Association of Clinical Biochemists
12. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 13. Malaysian Association of Enviromental Health
14. Malaysian Coalition on Ageing
15. Malaysian Dental Association
16. Malaysian Paediatric Association
17. Malaysian Pharmacists Society
18. Malaysian Public Health Physician Association
19. Malaysian Society of Anaesthesiologists
20. Malaysian Society of Clinical Psychology
21. Malaysian Society of Ophthalmology
22. Malaysian Thoracic Society
23. Medical Mythbusters Malaysia
24. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 25. MedTweetMy
26. National Cancer Society of Malaysia
27. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia
28. Perinatal Society of Malaysia
Individu
1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy
2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS
3. Dato’ Dr Jahizah Hassan
4. Dr Khor Swee Kheng
5. Dr Leong Kei Joe
6. Prof Dr Asri Said
7. Prof Dr GR Letchuman Ramanathan
8. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon
9. Prof Dr Roslina Abdul Manap
10. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy
11. Puan Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid
Diselaraskan oleh: Dr Sean Thum, Chen Fan Jie
Diterjemahkan oleh: Ahmad Aizat Zaini