Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang yang meninggal dunia baru-baru ini. Kami ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa petugas kesihatan kita sedang mengalami tekanan yang tinggi semasa pandemik Covid. Keadaan menjadi semakin buruk disebabkan tekanan sedia ada yang telah wujud sebelum pandemik akibat daripada sistem penjagaan kesihatan awam yang terbeban, serta kekurangan kakitangan dan dana.
Sekiranya tekanan ini tidak ditangani dengan baik, kesejahteraan dan kualiti kerja petugas kesihatan bakal terjejas. Hal ini akan turut memberi impak kepada penjagaan pesakit. Justeru, kami menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas bagi menjamin tempat kerja yang sihat di hospital dan klinik kesihatan awam. Kita memerlukan budaya kerja positif yang menolak aktiviti
membuli dan diskriminasi untuk menggalakkan pembelajaran, pembangunan dan peningkatan kualiti modal insan.
Walaupun kami memahami bahawa petugas kesihatan baru harus bekerja melebihi tempoh masa purata untuk mempelajari kemahiran dan membina kecekapan, kami menuntut keseimbangan yang menjamin kesejahteraan dan kesihatan mental mereka. Golongan lebih berpengalaman harus mengajar, memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan baru tanpa kekasaran. Golongan pakar pula bertanggungjawab dalam menjamin tempat kerja yang selamat dan membendung tingkah laku yang bersifat toksik di tempat kerja.
Para petugas kesihatan mesti dimaklumkan tentang sumber sokongan yang tersedia. Segala maklum balas wajar diterima dan disiasat dengan jaminan keselamatan kepada pengadu. Tempat kerja yang sihat memerlukan komunikasi dua hala dan mengutamakan kebajikan setiap petugas.
MHC mengalu-alukan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat kematian doktor pelatih tersebut. Kami juga menggesa tindakan tegas ke arah budaya kerja yang positif di semua institusi penjagaan kesihatan secara segera. Kita mesti menjaga kebajikan petugas kesihatan yang seterusnya menjaga kesihatan Rakyat.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 8 Mei 2022
Senarai tandatangan penuh:
Organisasi
1. Academy of Medicine Malaysia
2. Association of Malaysian Optometrists
3. Asthma Malaysia
4. College of Anaesthesiologists
5. College of Ophthalmologists
6. Dermatology Society of Malaysia
7. IKRAM Health Malaysia
8. Islamic Medical Association of Malaysia
9. Lung Cancer Network of Malaysia
10. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 11. Malaysian Association of Clinical Biochemists
12. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 13. Malaysian Association of Environmental Health
14. Malaysian Coalition on Ageing (MCOA)
15. Malaysian Nurses Association
16. Malaysian Pharmacists Society
17. Malaysian Public Health Physician Association
18. Malaysian Society of Anaesthesiologists
19. Malaysian Society of Clinical Psychology
20. Malaysian Society of Intensive Care
21. Malaysian Society of Occupational Safety and Health
22. Malaysian Thoracic Society
23. Medical Mythbusters Malaysia
24. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 25. MedTweetMy
26. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia
27. Public Health Malaysia
Individu
1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy
2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS
3. Dato’ Dr Jahizah Hassan
4. Dr Khor Swee Kheng
5. Prof Dr Asri Said
6. Prof Dr Roslina Abdul Manap
7. Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
8. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy
Diselaraskan oleh: Dr Ivanna Sim, Dr Sean Thum, Chen Fan Jie Diterjemahkan oleh: Ahmad Aizat Zaini