Program Saringan Kesihatan Tahanan Imigresen Rohingya

rohingya

MyCARE sekali lagi bekerjasama dengan pihak Beacon International Specialist Centre dan IKRAM Health Malaysia dalam memberikan perkhidmatan rawatan percuma kepada pelarian Rohingya di Malaysia.

Program Saringan Kesihatan ini dilakukan di Depot Imigresen Bukit Jalil melibatkan 35 orang sukarelawan dari aktivis MyCARE, Beacon Hospital dan IKRAM Health.

Seramai 146 tahanan Rohingya menjalani saringan kesihatan oleh pengamal perubatan dari Beacon Hospital dan IKRAM Health serta dibantu sukarelawan MyCARE.

Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia cawanganBukit Jalil, Beacon International Specialist Centre, IKRAM Health, aktivis MyCARE dan yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Program Saringan Kesihatan ini adalah yang terakhir buat tahun 2017.

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.