Tahniah atas Penerimaan Anugerah Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2025 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

19 MEI 2025

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad; Dr Murallitharan Munisamy yang mewakili Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC); serta Dr. Noraryana binti Hassan, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit (NCD) KKM, atas pengiktirafan berprestij oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Anugerah Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2025.

Pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan besar yang mencerminkankomitmen padu negara dalam memperkukuh dasar kawalan tembakau dn produk merokok serta memperjuangkan kesihatan awam melalui pendekatan berasaskan bukti dan nilai kemanusiaan. Anugerah ini juga menzahirkan penghargaan kepada usaha berterusan dalam melindungi rakyat, khususnya generasi muda, daripada ancaman ketagihan nikotin dan pengaruh industri tembakau serta rokok elektronik.

IKRAM Health amat berbangga dengan pencapaian Dr. Noraryana, seorang tokoh profesional kesihatan yang berani dan berdedikasi dalam memperjuangkan agenda kawalan tembakau. Beliau menjadi lambang komitmen dan keberanian seorang tokoh wanita dan penjawat awam dalam melawan pengaruh industri tembakau dan rokok elektronik atau vape.

Kami juga ingin mengiktiraf peranan semua NGO, pakar kesihatan awam dan penjawat awam yang gigih memperjuangkan dasar kawalan tembakau dan vape di Malaysia. Kami mendoakan agar YB Menteri dan semua pihak yang terlibat terus diberikan istiqamah, kekuatan dan keteguhan dalam menghadapi tekanan serta pengaruh industri yang merosakkan ini demi melindungi generasi akan datang.

IKRAM Health Malaysia akan terus komited menjadi rakan strategik berdiri teguh menyokong dasar-dasar berasaskn bukti dalam usaha membentuk masyarakat bebas rokok dan vape, selari dengan prinsip maqasid syariah, nilai kemanusiaan sejagat, dan aspirasi Malaysia Madani.

“Lindungi Generasi Akan Datang, Katakan Tidak kepada Rokok dan Vape.”

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

DR MOHD AFIQ BIN MOHD NOR

Yang Dipertua

IKRAM Health Malaysia

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.