Housemanship: Ikhlas, Sabar dan Tawakkal Kunci Kejayaan

Program Daurah Graduasi UKM telah dijalankan pada 18 April 2015 yang lepas bertempat di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan di Setiawangsa anjuran bersama IKRAM Health Bandar Tun Razak dan Syuro Mahasiswa PPUKM.

Niat yang ikhlas, ketabahan dan kesabaran yang tinggi serta kekuatan pergantungan kepada Allah swt adalah antara kunci kejayaan dalam melalui perjalanan kehidupan semasa Housemanship. Pesanan-pesanan tersebut adalah antara perkara yang diwasiatkan oleh Dr Rahmah Abd Rahman di  anjuran. Beliau yang kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Serdang juga mengambil kesempatan berkongsi tips dan kata-kata motivasi kepada para peserta.

Seramai lebih kurang 25 peserta ikhwah dan akhwat yang terdiri daripada graduan perubatan UKM dan kejururawatan telah menghadiri program yang bertemakan ‘TOWARDS AN EXCELLENT DAI’E, and MEDICAL EXPERTISE’ ini.

Program itu telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dr Mohd Afiq, Exco IKRAM Health Pusat, kemudian disusuli dengan tazkirah tafsir ibadarrahman oleh Dr Syed, House Officer dari PPUKM.

Para peserta juga telah didedahkan dengan pengurusan diri dan kewangan yang berkesan oleh Prof. Dr. Mohd. Ikram. Mohd Salleh.

Pada sebelah petang, Dr Munawar Hatta telah membentangkan segala peranan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh IKRAM Health di Malaysia bagi menggalakkan lagi penyertaan.

Keseluruhannya, para peserta sangat gembira dan teruja dengan program yang dijalankan untuk mereka. Semoga program seperti ini dapat diadakan dan dijalankan lagi pada masa hadapan.

“Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (Al-Hadid:21)

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.