IPMAN 1.0 sebagai Platform Persediaan Graduan Perubatan

IKRAM Health melalui Unit Latihan dan Pembangunannya telah sekali lagi berjaya menganjurkan Program Pre Housemanship yang dinamakan IPMAN 1.0 pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas di Dewan Utama, Kompleks IKRAM Pusat, Seri Kembangan.

Program Pre-Housemanship ini telah masuk tahun ke-5 sejak ia mula dianjurkan pada tahun 2012 dan ia merupakan siri yang ke-8 secara keseluruhannya oleh IKRAM Health.

Program kali ini disertai oleh 40 orang graduan perubatan dari Mesir, India dan beberapa buah universiti dalam negara.

Kehadiran para seniors yang berpengalaman dan telah berjaya sebelum ini telah menyuntik semangat para peserta yang hadir.

IPMAN mempunyai kesitimewaan tersendiri kerana fokus dan penekanan yang diutamakan adalah berbeza.

 

                                     

 

Para peserta telah didedahkan dengan pengalaman para seniors dalam mengharungi suka duka dan cabaran sepanjang housemanship, diberikan tip-tip untuk berjaya serta diberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menggilap skil-skil yang penting sebagai seorang doktor yang junior di hospital.

 

 

Para senior yang hadir juga telah banyak berkongsi pengalaman dan menitipkan nasihat-nasihat yang berharga untuk bukan sahaja thabat dan istiqamah dalam perjuangan dakwah & tarbiyah, malah menjadi Daie Doktor Pakar yang menjadi qudwah serta rujukan masyarakat.

Jumpa pula di IPMAN 2.0 yang akan dianjurkan pada bulan September / Oktober 2016 nanti, insya Allah.

 

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.