Video I IKRAM Health Sertai MyCARE Dalam Bantuan Kemanusiaan di Somalia I TV3

Liputan media Somali Land Relief oleh MyCARE yang telah disiarkan di TV3 (turut disiarkan di NTV7). Misi ini juga yang diwakili IKRAM Health, Dr. Ahmad Ibrahim Bin Ahmad Zainuddin (Pegawai Perubatan Hospital Pakar An-Nur) dan SN. Mohammad Rizuwan Kamaruddin (EXCO Media IKRAM Health) untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan akibat kemarau teruk yang berlaku di negara yang dikenali sebagai ‘Horn Of Africa‘ itu.

Mewakili IKRAM Health, turut disumbang sebanyak 2 kotak ubat-ubatan selain berusaha untuk mengumpul dan mengenal pasti bantuan kemanusiaan daripada segi kesihatan yang pihak MyCARE seterusnya rakyat Malaysia boleh membantu. Misi ini juga adalah antara usaha IKRAM Health memahami sejauh mana taraf perkhidmatan kesihatan di Somali Land sekaligus menganalisis dan membantu memikirkan bantuan yang praktikal dalam terus menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia untuk rakyat Somali Land.

Alhamdulillah ini adalah antara pencapaian terbaik dalam misi IKRAM Health untuk terus menyumbang dan bekerja demi masyarakat yang memerlukan khusus dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Misi yang pertama kali menjejak ke bumi Afrika ini turut terdiri daripada 7 orang ahli misi, dan mereka adalah:

Kamarul Zaman Shaharul Anwar (CEO MyCARE selaku Ketua Misi), Noorsyazly Rameli (Pengurus Projek MyCARE), Akmar Hisham Zulkefli (Eksekutif Kanan Media MyCARE), SN.Mohammad Rizuwan (Jururawat IKRAMHealth), Dr Ahmad Ibrahim bin Ahmad Zainuddin (Medical officer IKRAMhealth), Brother Muhammad Fouad (Koordinator dan Pengarah KL Ghaith) dan Hj Jalani Bin Ludin (MyCARE Temerloh).

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.