kiddie pack, rokok, merokok, bebas asap rokok. no smoking

Tahniah kepada Setiausaha Kehormat IKRAM Health Malaysia, Dr. Mohd Afiq Mohd Nor kerana berjaya membawa kempen ini sehingga ke media perdana di Malaysia!

Dr Mohd Afiq telah ditemuramah oleh Datin Zamzarina, dalam rancangan Apa Kata Wanita secara langsung di TV 1 pada pagi semalam.

Kempen #bantahkiddiepack dilancarkan pada awal September 2017 lepas apabila pihak syarikat tembakau dan beberapa persatuan restoran & peruncit berusaha mengesyorkan kepada kerajaan untuk mengembalikan semula penjualan kiddie pack ke Malaysia.

Sebagai respon, IKRAM Health Malaysia telah mengetuai 57 persatuan kesihatan dan pengguna mengumpul petisyen yang ditandatangani oleh 40,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan dan latar belakang untuk dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terus kita beri sokongan untuk menghalang usaha mereka ini. Say no to kiddie pack!

 

 

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.