Program Pre-HO IPMAN Sentiasa Menjadi Pilihan Graduan Perubatan

pre ho, housemanship, house officer,

IKRAM Health Pre-housemanship Programme (IPMAN) yang merupakan program berkala anjuran IKRAM Health adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada bakal doktor-doktor muda yang akan memulakan pekerjaan sebagai “Houseman” atau doktor pelatih.

IPMAN adalah “brand” yang diperkenalkan sejak awal tahun 2016, dan kali ini merupakan siri yang ke-4, dan ke-11 secara keseluruhannya sejak bermulanya program Pre-Houseman pada tahun 2012

Program IPMAN kali ini disertai oleh lebih kurang 90 orang peserta yang terdiri daripada graduan-graduan perubatan dari dalam dan luar negara, dan merupakan peserta teramai sejak program ini dijalankan.

Peserta-peserta didedahkan dengan senario-senario yang akan mereka hadapi sepanjang menjalani program “housemanship” dan tips-tips berguna dari setiap “posting rotation” yang akan mereka lalui.

Apa yang lebih menarik, IPMAN juga memberikan pendedahan kepada peserta tentang prosedur-prosedur rutin di wad yang akan mereka kuasai melalui sesi “Hands-on Practical Sessions”.

Terdapat juga sesi forum sebagai medium untuk doktor-doktor yang lebih “senior” berkongsi pengalaman mereka dalam menyeimbangkan kerjaya, keluarga, tarbiyah dan dakwah dalam kesibukan sebagai “houseman”.

Diharap para peserta mendapat banyak manfaat dari program ini dan dapat dipraktikkan ketika mereka mula bekerja nanti.

Semoga mereka menjadi doktor-doktor yang bertakwa, professional dan sentiasa bersemangat, sepertimana motto IPMAN, “Pious, Professional, Passionate”.

Lagi gambar di Facebook IKRAM Health Malaysia

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.