Harapan Seorang Doktor

Teringat saya waktu saya mula-mula belajar kesihatan awam sebagai seorang pegawai perubatan.

Saya diminta untuk menguruskan hal-hal aduan, menjawab jawapan yang datang dari pelbagai pihak termasuklah kedua-dua parti.

Setelah menyiapkan jawapan dan menghantarnya untuk disemak, saya sangat teringat satu perkara yang dimaklumkan kepada saya.

“Fadli, ahli politik ini datang dan pergi. Setiap mereka datang dengan ideologi berbeza, tujuan berbeza dan cara berbeza tapi yang masih sama di sini adalah kita. Jadi fokus kita jangan pernah lari, jangan terlalu teruja, jangan juga cepat melatah”

Pegawai kerajaanlah yang perlu menjaga masyarakat dan rakyat. Jadi bantulah mereka (ahli politik) seadanya namun kita perlu ingat kepentingan dan kesihatan masyarakat tetap prioriti.

Pesan itu saya ingat sampai bila-bila. Kedua-dua pihak saya pernah bersalaman. Pernah makan semeja, buat kerja bersama-sama tapi mereka ahli politik dan saya seorang pegawai perubatan, mereka ada cara mereka berbakti kepada rakyat dan kami ada cara kami berkhidmat pada masyarakat. Sama tapi tidak serupa.

Tipulah kalau saya katakan saya tidak ada kecenderungan kepada sesuatu ideologi. Saya juga pengundi tapi bila bekerja seorang pegawai kerajaan perlu bersikap professional.

Bila pentadbiran berubah pastinya polisi berubah. Tugas berat kami di sektor kesihatan adalah untuk melihat semula program-program terdahulu dan mengalas semula program-program baru yang akan datang.

Kami ternanti-nanti apa akan jadi pada klinik satu malaysia, program kospen, usul voluntary health insurance dan kami juga amat berharap kepada isu vaksinisasi, masalah ubat tidak berdaftar, masalah tenaga kerja kesihatan dapat diperhalusi.

Mantan director WHO pernah mengatakan “Ekonomi yang tidak memberansangkan akan membantutkan penjagaan kesihatan namun ekonomi yang baik tanpa perancangan polisi kesihatan yang mapan tetap tidak akan memberikan apa-apa kesan.”

Jujurnya Kita ada banyak kerja untuk 5 tahun akan datang.

‘Yang gembira perdana menteri, timbalan perdana menteri dan first lady adalah seorang doktor’

Dr Fadly Khairie
Doktor Kesihatan Awam

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.