57 NGO SOKONG PERUNTUKAN GENERATIONAL END GAME DI DALAM AKTA BAHARU KAWALAN TEMBAKAU DAN MEROKOK 

1. Kami, daripada 57 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam kalangan Kumpulan Profesional Perubatan dan Kesihatan serta Pengguna di Malaysia menyokong penuh cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok dan pada masa yang sama mewujudkan peruntukan berkaitan ”Generational End Game (Generasi Penamat)” pada persidangan Parlimen tahun ini. 

2. Rokok merupakan sejenis produk dagangan yang paling bahaya di dunia kerana membunuh separuh daripada penggunanya. Namun begitu, ia masih merupakan dagangan yang sah di sisi undang-undang. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam Laporan MPOWER, 5.8 juta perokok maut akibat merokok setiap tahun. Jumlah kematian dijangka meningkat kepada 8 juta menjelang tahun 2030, di mana lebih 80% kematian akan berlaku di negara-negara membangun. 

3. Secara kumulatif, kematian akibat penggunaan tembakau rokok adalah di antara yang paling tinggi berbanding kematian akibat penyakit-penyakit lain. Penggunaan tembakau merupakan faktor risiko bagi enam daripada lapan jenis penyakit utama yang membawa kematian di dunia iaitu kanser paru-paru, penyakit jantung iskemik, penyakit serebrovaskular, penyakit paru-paru kronik, jangkitan saluran pernafasan bawah dan tuberkulosis. 

4. Di Malaysia, hampir separuh daripada lelaki kita adalah perokok dan mereka terdedah kepada risiko penyakit-penyakit ini. Malangnya penyakit dan kematian yang berlaku bukan sahaja melibatkan perokok, tetapi juga golongan bukan perokok (perokok pasif) yang sering terdedah kepada asap rokok basi. Dianggarkan sebanyak 75% kes kematian di dunia akibat pendedahan kepada asap rokok basi (second-hand smoke) adalah membabitkan golongan kanak-kanak dan wanita. 

5. Sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin dalam kenyataan beliau bertarikh 15 Januari 2022, usaha ini bakal diwujudkan bagi merealisasikan hasrat Malaysia untuk membendung masalah merokok dan seterusnya mewujudkan sebuah generasi baru yang bebas daripada tabiat merokok termasuk penggunaan vape. 

6. Pakar-pakar di seluruh dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam Konvensi Kerangka Kawalan Tembakau (WHO Framework Convention on Tobacco Control-FCTC), telah mengkaji dan meneliti beban masalah akibat produk tembakau di mana dunia dianggarkan bakal mencapai The End Game ini pada tahun 2030. 

7. Apa yang dimaksudkan dengan The End Game adalah penurunan peratusan merokok di kalangan penduduk sesebuah negara sehingga mencapai kurang daripada 5%.

8. Di Malaysia, pelan strategik kebangsaan dalam inisiatif kawalan tembakau, program khas bagi setiap peringkat umur dalam lapisan masyarakat telah pun disusun melalui kerjasama pelbagai agensi ke arah Malaysia bebas rokok. Pendidikan awal tentang bahaya asap rokok basi dan keburukan tabiat merokok mensasarkan golongan kanak-kanak pra-sekolah, sekolah rendah dan remaja untuk mewujudkan generasi bebas amalan merokok dengan prevalens bilangan perokok kurang daripada 15% menjelang tahun 2025 dan kurang daripada 5% menjelang tahun 2040. 

9. Adakah negara kita akan berjaya untuk mencapai The End Game? Sudah pasti tidak jika tiada sesiapa yang memulakan pendekatan BOLD atau BERANI sebagaimana yang dicadangkan oleh YB Khairy ini. 

10. Hal demikian kerana situasi merokok di Malaysia masih berdepan keadaan mencabar dengan peratusan merokok hanya turun sedikit daripada 23 % kepada 21% semenjak tahun 1986 hingga sekarang. Kos rawatan penyakit-penyakit akibat daripada tabiat merokok ini juga telah lama menjadi beban kepada negara terutamanya terhadap sistem kesihatan dan kewangan kita. 

11. Berbanding negara-negara yang lain, masalah merokok di Malaysia ini sedang menjadi semakin parah apabila terdapat lambakan produk merokok alaf baru iaitu rokok elektronik dan vape yang sudah pasti akan menyebabkan Malaysia akan terlambat daripada mencapai The End Game dalam tempoh yang telah dijangkakan. Bilangan penggunanya kini semakin meningkat daripada anggaran 600,000 orang melalui kajian National E-Cigarette Survey (NECS) 2016 kepada lebih 1.1 juta orang sepertimana yang dilaporkan di dalam National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019. 

12. Oleh itu, cadangan bersifat BOLD atau BERANI bagi membuat larangan merokok terhadap generasi akan datang di dalam akta baharu yang akan dibentangkan ini adalah sangat-sangat disokong dan perlu dipuji. 

13. Namun begitu, kami ingin mengingatkan pihak KKM dan agensi berkaitan agar larangan terhadap generasi akan datang yang bakal dibuat ini perlu dikuatkuasakan kepada semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape. 

14. Larangan pembelian atau pemilikan bagi golongan generasi akan datang ini bagi semua jenis produk sangat kritikal bagi memastikan konsep “produk kurang haram atau kurang kemudaratan” yang sering diwar-warkan oleh industri rokok elektronik atau vape tidak diterima kerana tidak dibuktikan secara saintifik. 

15. Selain itu, kawalan ketat serta penguatkuasaan yang tegas perlu dilaksanakan tanpa memberikan keistimewaan kepada mana-mana jenis produk merokok termasuk vape yang terbukti membahayakan kesihatan rakyat Malaysia. 

16. Oleh itu, kami menyeru kepada semua pemimpin dan ahli parlimen yang akan bersidang nanti agar bersatu hati dalam menerima dan meluluskan cadangan yang sangat baik ini demi masa hadapan bangsa dan negara.

17. Kepada pihak industri rokok terutama industri vape dan rokok elektronik, kami ingin menasihatkan agar dapat berlapang dada dalam menerima undang-undang baharu dan penguatkuasaan yang akan diperkenalkan ini. 

18. Tidak mungkin kita tidak mahu melindungi generasi anak cucu kita daripada terjebak dengan masalah ketagihan merokok, tidak kira samada rokok konvensional mahupun rokok elektronik sepertimana yang kita alami sekarang ini. 

Sekian. 

“Membina Generasi Baru Bebas daripada Amalan Merokok” 

#TheEndGame 

#NonSmokingGeneration 

#NonVapingGeneration 

Kenyataan bersama oleh: 

1. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) 

2. Malaysian Women’s Action for Tobacco Control and Health (MyWATCH) 3. Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) 

4. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia) 

5. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) 

6. National Cancer Society of Malaysia 

7. Malaysian Medical Association Public Health Society 

8. Persatuan Perunding Penyakit Tidak Berjangkit (NCD Consultant Chapter) 9. Persatuan Pengguna Negeri Sembilan 

10. Medical Mythbusters Malaysia (M3) 

11. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) 

12. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) 

13. Pertubuhan Masyarakat Sejahtera Tanpa Asap Rokok Terengganu (my STAR) 14. Malaysian Association of Environmental Health (MAEH) 

15. Persatuan Perubatan Desa Sabah (PERDESA) 

16. Persatuan Tadika Malaysia 

17. Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia 

18. Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) 19. Yayasan Ipoh 

20. Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah 

21. Malaysian Green Lung Association 

22. Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR) 

23. Nicotine Addiction Research Group UMCAS (NARCC) 

24. Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR) 

25. Persatuan Perubatan Keluarga USM (FAMOUS) 

26. Pertubuhan TELANG Malaysia 

27. Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia 

28. Malaysian Children Aid Society (MACAS) 

29. Persatuan Laryngectomee Malaysia 

30. Persatuan Alumni Fakulti Farmasi UKM

31. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia (MPCAM) 32. Malaysian Health Coalition (MHC) 

33. Malaysian Pediatrics Association 

34. Association of Malaysian Optometrists 

35. Malaysian Association of Clinical Biochemists 

36. Malaysian Society of Occupational Safety and Health (MSOSH) 37. Malaysian Nurses Association 

38. College of Physicians, Academy of Medicine Malaysia 

39. Obstetrics & Gynaecological Society of Malaysia (OGSM) 

40. Malaysian Society of Clinical Psychology 

41. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonolog 42. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists (MADPHS) 43. Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) 44. Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) 45. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) 

46. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) 

47. Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna Pahang (ERA Consumer Pahang) 

48. Kelab PM PINTAR 

49. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH) 

50. Johor Bebas Asap Rokok (JBAR) 

51. Pahang Bebas Asap Rokok 

52. Persatuan Terapi Psikospiritual Malaysia (PTPM) 

53. Gabungan NGO Melaka Bebas Asap Rokok (GaNMBAR) 

54. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 

55. Persatuan Kanner Melaka 

56. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) 

57. Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMUWAN)

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.