BERSATU MENENTANG OMICRON

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kes COVID-19 dengan  gelombang Omicron. Menteri Kesihatan telah meramalkan kadar kebolehjangkitan 1.6 dan beban kes harian sebanyak  30,000 di Malaysia menjelang Mac 2022 sekiranya langkah sewajarnya tidak diambil oleh kerajaan.

Kami menggesa perkara-perkara berikut:

Mempercepatkan Program Vaksinasi untuk Kanak-kanak

1. Kami menyokong pelancaran program vaksinasi COVID-19 oleh kerajaan untuk kanak-kanak berumur antara 5-11  tahun. Program ini akan memastikan Malaysia menyertai banyak negara lain yang telahpun memperluaskan  vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak seperti Singapura, Arab Saudi, dan Australia. Jadual ini terdiri daripada dua  dos vaksin Cominarty Pfizer – BioNTech, yang diberikan selang 8 minggu. Kami menggesa kerajaan untuk  mempertimbangkan pengurangan jarak masa antara kedua-dua dos ini kepada 3 minggu, terutamanya untuk  kanak-kanak dengan komorbiditi. Kami juga mengharapkan program vaksinasi kanak-kanak dilaksanakan dengan  lancar untuk melindungi kanak-kanak tanpa mengira kelas sosio-ekonomi. Kita mesti melindungi kanak-kanak,  memandangkan kluster sekolah semakin meningkat selepas pembukaan semula sekolah pada tahun 2022.  Walaupun terdapat kesan sampingan vaksinasi yang jarang berlaku, kerajaan mesti meningkatkan usaha  komunikasi risiko dengan ibu bapa untuk meningkatkan keyakinan terhadap vaksin. 

2. Memperkukuhkan Pengawasan Genomik COVID-19 Tempatan

Berdasarkan pangkalan data GISAID, Malaysia hanya menjujuk 0.48% daripada semua kes positif COVID-19 dalam  tempoh November 2021 hingga Januari 2022. Kadar ini adalah kurang daripada prestasi United Kingdom pada  8.2% dan Singapura pada 2.1%. Malaysia memerlukan lebih banyak pengawasan genomik terutamanya dengan  peningkatan jumlah kes Omicron. Kami menggesa kerajaan untuk melabur dalam penyumberluaran makmal  swasta dan membina kerjasama yang kukuh dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan makmal-makmal  Universiti untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom keseluruhan (WGS) untuk mengenal pasti kes Omicron  dan varian lain yang bakal muncul. Kami telah menekankan perkara ini dalam Kenyataan Bersama kami sebelum  ini bertarikh 15 Disember 2021. Oleh kerana virus sentiasa bermutasi, memahami tahap ancaman varian dapat  membantu membina langkah-langkah kesihatan awam dengan tepat.

3. Meningkatkan Kesediaan Ubat Antiviral

Kami menggesa kerajaan untuk meningkatkan kesediaan ubat antiviral yang diluluskan oleh US Food and Drug  Administration, Nirmatrelvir dan Molnupiravir, di Malaysia. Rasionalisasi kos dan penggunaan ubat antiviral ini  mesti disokong oleh protokol klinikal yang jelas dan memutuskan kriteria doktor dan pesakit yang bersesuaian.  Kesediaan ubat antiviral tidak boleh mendiskriminasi orang miskin atau mereka di kawasan luar bandar. Kami  mengingatkan kerajaan untuk berwaspada terhadap akibat yang tidak diingini berikutan ubat antivirus seperti  pengabaian SOP dan vaksinasi. 

Omicron masih membawa risiko terhadap populasi yang rentan, yang tidak divaksinasi atau tidak menerima dos  penggalak. Kami menggesa rakyat dan kerajaan untuk mengambil serius Omicron dan mengukuhkan komunikasi dua hala  untuk memastikan pematuhan terhadap SOP dan kerangka kerja TRIIS Kementerian Kesihatan (Ujian, Lapor, Asing,  Maklum dan Dapatkan Rawatan).

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Gabungan Kesihatan Malaysia (senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org)

Senarai Tandatangan: 

Persatuan

1. Academy of Medicine Malaysia

2. Association of Malaysian Optometrists

3. College of Anaesthesiologists

4. College of Ophthalmologists

5. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia

6. Dermatology Society of Malaysia

7. IKRAM Health Malaysia

8. Lung Cancer Network of Malaysia

9. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 10. Malaysian Association of Clinical Biochemists

11. Malaysian Medical Association 

12. Malaysian Paediatric Association

13. Malaysian Pharmacists Society

14. Malaysian Public Health Physician Association 

15. Malaysian Society for Harm Reduction

16. Malaysian Society of Anaesthesiologists

17. Malaysian Society of Clinical Psychology

18. Malaysian Society of Intensive Care 

19. Malaysian Society of Occupational Safety and Health

20. Malaysian Society of Ophthalmology

21. Malaysian Thoracic Society

22. Medical Mythbusters Malaysia 

23. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 

24. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia

25. Perinatal Society of Malaysia

26. Public Health Malaysia

Individu

1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy

2. Dato’ Dr Jahizah Hassan

3. Dato’ Dr Amar Singh-HSS

4. Dr Khor Swee Kheng

5. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon

6. Prof Dr Roslina Abdul Manap

7. Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

8. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy

Diselaraskan oleh: Mellinnda Xavier

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.