Penyelesaian Jangka Panjang untuk Profesional Kesihatan

Gabungan Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan, Jabatan  Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan agensi-agensi lain untuk penyelesaian jangka-sederhana  untuk pegawai lantikan kontrak yang diumumkan pada 10 Feb 2022. MHC mengalu-alukan kesediaan KKM  untuk melibatkan pelbagai pemegang taruh untuk mewujudkan penyelesaian yang inklusif. 

Kami juga menggesa langkah-langkah berikut: 

1. Mempercepatkan Pembentukan “Health Reform Commission” 

Pada 15 Jan 2022, Menteri Kesihatan mencadangkan Kertas Putih bagi merealisasikan reformasi sistem  kesihatan di Malaysia. Dalam proses ini, sebuah Suruhanjaya Reformasi Kesihatan akan diwujudkan  untuk memastikan kesinambungan reformasi akan dipelihara walaupun peralihan politik mungkin  berlaku. Kami menggesa cadangan ini untuk dibentangkan di Dewan Rakyat dan menggesa semua Ahli  Parlimen untuk bersatu dalam pelaksanaan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ini. Kami menggesa agar  Suruhanjaya Reformasi Kesihatan diberi mandat dan sumber untuk memastikan kelestarian sistem  kesihatan Malaysia, terutamanya kebajikan dan pembangunan sumber manusia untuk sektor kesihatan. 

2. Mengoptimumkan Pengagihan Profesional Kesihatan 

Malaysia mempunyai bilangan profesional kesihatan yang memuaskan. Walau bagaimanapun, situasi  pengedaran yang tidak seimbang amat membimbangkan, kerana kebanyakan profesional kesihatan  berpusat di kawasan bandar. Oleh itu, perbelanjaan kesihatan mesti ditingkatkan kepada >5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), untuk memastikan pengagihan profesional kesihatan yang adil  dan samarata. Peningkatan jawatan tetap secara berkala bukan tindakan yang mampan. Proses  pemindahan dalam KKM perlu tepat, telus, dan wajar dengan bukti untuk memastikan pegawai  kesihatan yang cukup di kawasan-kawasan yang penting. Kami menggesa kerajaan untuk  mempertingkatkan insentif dan elaun untuk mereka yang berkhidmat di kawasan terpencil. Insentif dan  elaun ini mesti diberikan sama rata kepada pegawai lantikan kontrak dan tetap. 

3. Mengawal Kapasiti Kemasukan Pelajar Perubatan di Universiti Awam dan Swasta Menurut Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (2016-2020), nisbah sasaran doktor kepada rakyat  menjelang 2025, adalah 1:400. Untuk mencapai matlamat ini, negara memerlukan 4000 graduan  perubatan setiap tahun (setiap tahun, Malaysia menerima lebih daripada 6000 graduan baru). Dengan  jawatan tetap yang terhad dalam kerajaan, ramai terpaksa melalui proses lanjutan. Untuk mengimbangi  kenaikan jawatan tetap, kita mesti memastikan pengambilan pelajar perubatan dikawal. Pelan hala tuju yang sedang dibentuk amat penting, untuk menilai kapasiti pengambilan dan menghasilkan bilangan  graduan yang kompeten.  

Kami berharap penyelesaian yang adil dan mampan dapat dilaksanakan untuk memastikan kebajikan  profesional kesihatan dan kesihatan awam tidak terjejas.  

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. 

Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 17 Februari 2022

Senarai Tandatangan:  

Persatuan  

1. Academy of Medicine Malaysia 

2. Association of Malaysian Optometrists 

3. College of Anaesthesiologists 

4. College of Ophthalmologists 

5. College of Physicians 

6. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia 

7. IKRAM Health Malaysia 

8. Islamic Medical Association of Malaysia 

9. Lung Cancer Network of Malaysia 

10. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 11. Malaysian Paediatric Association 

12. Malaysian Pharmacists Society 

13. Malaysian Public Health Physician Association  

14. Malaysian Society of Anaesthesiologists 

15. Malaysian Society of Clinical Psychology 

16. Malaysian Thoracic Society 

17. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia  

18. MedTweetMy 

19. National Cancer Society of Malaysia 

20. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia 

21. Perinatal Society of Malaysia 

Individu 

1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy 

2. Dato’ Dr Jahizah Hassan 

3. Dato’ Dr Amar Singh-HSS 

4. Dr Khor Swee Kheng 

5. Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail 

6. Prof Dr Asri Said 

7. Prof Dr Roslina Abdul Manap 

8. Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh 

9. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy 

Diselaraskan oleh: Mellinnda Xavier

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.