Kita Memerlukan Pemilik yang Amanah untuk MySejahtera

Gabungan Kesihatan Malaysia mengambil berat tentang laporan terkini mengenai pemilikan terkini dan  operasi aplikasi MySejahtera. Kami mengalu-alukan pengumuman rasmi daripada Yang Berusaha Menteri  Kesihatan mengenai pemilikan MySejahtera yang dikeluarkan pada 27 Mac 2022, tetapi kami juga mengambil  maklum pengumuman daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada Mac 2022 agar kerajaan  “mengambil alih operasi aplikasi MySejahtera tanpa sebarang kos tambahan”.  

Kami menegaskan kepentingan aplikasi pengesanan kontak yang seragam di peringkat kebangsaan dalam  menangani wabak Covid-19. Kami menyeru kerajaan agar melindungi pemilikan aplikasi MySejahtera. Kami  menyatakan beberapa isu penting yang mungkin terjadi jika kita tidak mempunyai pemilik yang amanah dan  boleh dipercayai untuk aplikasi MySejahtera, termasuklah kebocoran maklumat peribadi, penyalahgunaan  maklumat awam dan kemerosotan tahap keyakinan awam. Seterusnya, ini akan menghakis kepercayaan awam  terhadap tadbir urus dan kebertanggungjawaban kerajaan; kedua-dua aspek ini penting untuk menjayakan  peralihan ke fasa endemik untuk wabak Covid-19. 

Kami menyeru kerajaan untuk meningkatkan semula kepercayaan umum terhadap aplikasi MySejahtera  melalui kemas kini terma dan syarat yang jelas. Ini merangkumi menerbitkan dokumen undang-undang yang  menerangkan tadbir urus data (termasuklah pelayan web, pihak yang mempunyai akses terhadap maklumat  peribadi dan cara pengurusan maklumat). Rakyat perlu mengetahui tentang struktur semua syarikat yang  terbabit, sebagai salah satu bahagian tadbir urus yang baik. Perubahan pemilikan secara teknikal untuk aplikasi  MySejahtera tidak wajar dilakukan melalui rundingan tertutup tanpa pengetahuan rakyat. 

Aplikasi MySejahtera telah menjadi satu bahagian yang penting untuk menangani Covid-19 di Malaysia. Kami  menyeru usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan untuk meningkatkan keseimbangan antara privasi  maklumat dan ketelusan kesihatan awam. Kerajan dan Kementerian Kesihatan perlu mewujudkan usaha untuk  meningkatkan kepercayaan awam terhadap MySejahtera, termasuklah penggubalan undang-undang, jika perlu.  Melindungi kesihatan Rakyat dan privasi maklumat perlu berjalan serentak dan tidak boleh dikompromi.  Kesihatan awam memerlukan kepercayaan awam untuk berjaya. 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. 

Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 31 Mac 2022

Senarai Tandatangan:  

Persatuan  

1. Academy of Medicine Malaysia 

2. Association of Malaysian Optometrists 

3. College of Ophtalmologists 

4. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia 5. IKRAM Health Malaysia 

6. Islamic Medical Association of Malaysia  

7. Malaysian Association of Clinical Biochemists 8. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 9. Malaysian Coalition on Ageing  

10. Malaysian Nurses Association  

11. Malaysian Pharmacists Society 

12. Malaysian Society of Clinical Psychology 

13. Malaysian Society of Ophtalmology 

14. Malaysian Thoracic Society  

15. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 16. MedTweetMy 

17. MMA Public Health Society 

18. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia 19. Perinatal Society of Malaysia 

20. Public Health Physicians Association 

Individu 

1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy 

2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS 

3. Dr Khor Swee Kheng 

4. Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail 

5. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon 

6. Prof Dr Roslina Abdul Manap 

Diselaraskan oleh: Dr Nur Nabila binti Nasharuddin

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.