Menjamin Tempat Kerja yang Selamat Bagi Semua Petugas Kesihatan

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga doktor pelatih di  Hospital Pulau Pinang yang meninggal dunia baru-baru ini. Kami ingin mengingatkan seluruh rakyat  Malaysia bahawa petugas kesihatan kita sedang mengalami tekanan yang tinggi semasa pandemik  Covid. Keadaan menjadi semakin buruk disebabkan tekanan sedia ada yang telah wujud sebelum  pandemik akibat daripada sistem penjagaan kesihatan awam yang terbeban, serta kekurangan  kakitangan dan dana. 

Sekiranya tekanan ini tidak ditangani dengan baik, kesejahteraan dan kualiti kerja petugas kesihatan  bakal terjejas. Hal ini akan turut memberi impak kepada penjagaan pesakit. Justeru, kami menggesa  Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas bagi menjamin tempat kerja yang  sihat di hospital dan klinik kesihatan awam. Kita memerlukan budaya kerja positif yang menolak aktiviti  

membuli dan diskriminasi untuk menggalakkan pembelajaran, pembangunan dan peningkatan kualiti  modal insan. 

Walaupun kami memahami bahawa petugas kesihatan baru harus bekerja melebihi tempoh masa  purata untuk mempelajari kemahiran dan membina kecekapan, kami menuntut keseimbangan yang  menjamin kesejahteraan dan kesihatan mental mereka. Golongan lebih berpengalaman harus  mengajar, memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan baru tanpa kekasaran. Golongan pakar pula  bertanggungjawab dalam menjamin tempat kerja yang selamat dan membendung tingkah laku yang  bersifat toksik di tempat kerja. 

Para petugas kesihatan mesti dimaklumkan tentang sumber sokongan yang tersedia. Segala maklum  balas wajar diterima dan disiasat dengan jaminan keselamatan kepada pengadu. Tempat kerja yang  sihat memerlukan komunikasi dua hala dan mengutamakan kebajikan setiap petugas. 

MHC mengalu-alukan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat kematian doktor pelatih tersebut. Kami  juga menggesa tindakan tegas ke arah budaya kerja yang positif di semua institusi penjagaan kesihatan  secara segera. Kita mesti menjaga kebajikan petugas kesihatan yang seterusnya menjaga kesihatan  Rakyat. 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. 

Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 8 Mei 2022

Senarai tandatangan penuh:  

Organisasi  

1. Academy of Medicine Malaysia 

2. Association of Malaysian Optometrists 

3. Asthma Malaysia 

4. College of Anaesthesiologists 

5. College of Ophthalmologists 

6. Dermatology Society of Malaysia 

7. IKRAM Health Malaysia 

8. Islamic Medical Association of Malaysia 

9. Lung Cancer Network of Malaysia 

10. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 11. Malaysian Association of Clinical Biochemists 

12. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 13. Malaysian Association of Environmental Health 

14. Malaysian Coalition on Ageing (MCOA) 

15. Malaysian Nurses Association 

16. Malaysian Pharmacists Society 

17. Malaysian Public Health Physician Association  

18. Malaysian Society of Anaesthesiologists 

19. Malaysian Society of Clinical Psychology 

20. Malaysian Society of Intensive Care 

21. Malaysian Society of Occupational Safety and Health 

22. Malaysian Thoracic Society 

23. Medical Mythbusters Malaysia 

24. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia  25. MedTweetMy 

26. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia 

27. Public Health Malaysia 

Individu  

1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy 

2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS 

3. Dato’ Dr Jahizah Hassan 

4. Dr Khor Swee Kheng 

5. Prof Dr Asri Said 

6. Prof Dr Roslina Abdul Manap 

7. Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh 

8. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy 

Diselaraskan oleh: Dr Ivanna Sim, Dr Sean Thum, Chen Fan Jie Diterjemahkan oleh: Ahmad Aizat Zaini

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.