51 NGO ISLAM SOKONG AKTA KAWALAN TEMBAKAU DAN MEROKOK YANG BAHARU SERTA PELAN GENERASI PENAMAT

Kami, daripada 51 buah Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan  (NGO) Islam di Malaysia menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan  dalam usaha memperkenalkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok  yang baharu dan pada masa yang sama mewujudkan peruntukan  berkaitan Generational End Game (GEG) atau Generasi Penamat melalui  persidangan Parlimen kali ini.  

Rang undang-undang yang akan diusulkan oleh kerajaan ini adalah untuk  merealisasikan hasrat Malaysia dalam membendung masalah merokok  dan seterusnya mewujudkan sebuah generasi baru yang bebas daripada  tabiat merokok termasuk penggunaan vape.  

Saban tahun lebih 15% pesakit yang dimasukkan ke hospital negara kita  adalah akibat komplikasi penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok  seperti sakit jantung, penyakit pulmonari kronik dan kanser (1).

Hal  demikian telah banyak membebankan negara kerana terpaksa  menanggung kos rawatan penyakit-penyakit tersebut kira-kira RM 16  billion setahun.  

Negara juga menerima kesan kerugian besar akibat kehilangan  produktiviti mereka kerana dianggarkan lebih daripada 27,000 kematian  rakyat Malaysia pada setiap tahun adalah berkaitan dengan tabiat1 merokok (2).

Lebih malang lagi, penyakit dan kematian yang berlaku  bukan sahaja melibatkan perokok, tetapi juga golongan bukan perokok  yang sering terdedah kepada asap rokok basi terutamanya golongan  kanak-kanak dan wanita.  

Orang Melayu yang majoritinya beragama Islam merupakan prevalen  perokok tertinggi dalam kalangan orang dewasa di Malaysia. Manakala  negeri-negeri yang mempunyai prevalen perokok tertinggi pula adalah  daripada negeri yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Kedah  dan Terengganu (2).  

Kemunculan rokok elektronik atau vape sejak tahun 2015 di Malaysia  telah menambahkan lagi bebanan ini kepada negara kerana wujud pula  penyakit baharu seperti E-cigarette or Vaping product use-Associated  Lung Injury (EVALI). Bahkan apa yang menyedihkan lagi, pengguna dan  usahawan yang terlibat untuk produk merokok baharu ini juga tinggi dalam  kalangan umat Islam. Kemunculan EVALI ini sangat merisaukan kerana  bilangan pengguna vape di negara kita yang tinggi sehinggakan satu  panduan klinik diterbitkan, Clinical Practice Guidelines (CPG) –  Management of E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung  Injury (EVALI) (3).  

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal  Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan  bahawa “Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya  terdapat kemudharatan” (4).  

Manakala Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi  Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Bil. 3/2015 pada 21 Disember 2015 pula  telah membuat keputusan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape  adalah haram (5). Begitu juga fatwa yang diwartakan di negeri-negeri  seluruh Malaysia. Namun, fatwa-fatwa yang telah lama diwartakan ini  tidak dikuatkuasakan dengan peruntukan hukuman tertentu.  

Dalil-dalil pengharaman ini sangat banyak, jelas dan kuat dalam usaha  menyelamatkan umat Islam daripada terus terjerumus ke dalam kancah  kebinasaan kehidupan, antaranya adalah: 

Firman Allah s.w.t:  

ُ َكِةَّ ْهلَى التِلْيِد ُ يكْم إَِأُوا بْقُلت لا َو

 َ

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya  kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195)  

Sabda Rasulullah s.a.w:  

َلا َض َر َر َو َلا ِض َر َ ار 

“Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”  (Riwayat Ahmad (2865) dan Ibnu Majah (2340))  

Sabda Rasulullah s.a.w:  

َداَبِ ْي َها أً فَ َخ ِالداَّمِ ْي نَ ِار َج َهنُ فاه 

ً َو َمن تَ َح َّسى ُس ̒ 

َتَ َح َّسَ ِدِه يِي يمهُ فَ ُس َُّتَ َل نَ ْف َسهُ فَقما ف 

“Sesiapa yang meneguk racun lalu membunuh dirinya, maka racunnya  akan sentiasa di tangannya sambal meneguknya dalam neraka  Jahannam, berkekalan selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukhari (5778) dan  Muslim (109))  

Oleh hal yang demikian, kami, 51 NGO-NGO Islam ini ingin menyeru lima  (5) perkara ini kepada semua:  

1. Menyeru agar semua ahli Parlimen terutamanya yang beragama  Islam untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada akta ini serta  pengenalan generasi penamat. Sokongan ini merupakan  tanggungjawab setiap ahli parlimen untuk melindungi setiap nyawa  rakyat Malaysia.  

Firman Allah s.w.t:  

ًاَّ َ اس َجِمْيعَا النَ ْحيٓ اَّ َماَنَ َكاَ َ اها فَ ْحيا ن ْم َوَ

“Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka  seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia.”  (Surah Al Maidah, ayat 32)  

2. Menyeru agar semua rakyat Malaysia terutamanya yang beragama  Islam untuk bersama-sama memberi sokongan dan berdoa agar  akta ini diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara demi menghindarkan generasi baru umat islam daripada terlibat  dengan rokok serta tabiat merokok termasuk penggunaan produk  merokok yang baharu seperti vape, shisha dan sebagainya.  

3. Menyeru perokok dalam kalangan umat Islam agar mengambil  peluang kewujudan akta ini untuk berhenti dan menjauhi tabiat  buruk merokok, vaping dan apa-apa produk seumpamanya serta  menghormati fatwa-fatwa yang telah mewartakan haram dalam  penggunaannya dan keterlibatan dengan produknya.  

4. Menyeru komuniti Islam termasuk masjid, surau-surau dan  persatuan agar terus menggalakkan, memberi sokongan dan  dokongan serta saluran bagi perokok-perokok untuk berhenti  merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok yang disediakan  oleh kerajaan.  

5. Menyeru agar larangan merokok ini segera dikuatkuasakan oleh  Jabatan Agama Islam di setiap negeri yang telah menfatwakan  haram terhadap penggunaan rokok dan vape.  

Semoga usaha kita bersama dalam menjayakan kewujudan akta ini dan  pelan generasi penamat diberi petunjuk dan diberkati oleh Allah s.w.t.  

Kongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.