Demensia Sebagai Agenda Utama Kesihatan Awam

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) dan Persatuan Perubatan Geriatrik Malaysia (MSGM) menyeru supaya tindakan  segera diambil untuk kesejahteraan pesakit demensia, keluarga dan penjaga mereka. Berita mengenai mantan Perdana  Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengalami demensia adalah peringatan bahawa penyakit ini tidak  mengenal sesiapa dan akan mempunyai kesan jangka panjang pada kehidupan pesakit dan keluarga mereka. Oleh itu, kami menggariskan perkara-perkara berikut untuk menangani keperluan isu demensia di Malaysia:

1. Laksanakan Pelan Tindakan Demensia Kebangsaan 2020-2030

Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM) menganggarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia berisiko mengalami  demensia menjelang 2030, dengan peningkatan 312% menjelang 2050. Bagi mencapai matlamat Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO), kami menyeru pihak kerajaan untuk membentangkan Pelan Tindakan Demensia Kebangsaan (NDAP), yang tertangguh sejak 2019 akibat pandemik COVID-19. Kami berharap pelan ini mempunyai  inisiatif berdasarkan keperluan masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk memelihara harga diri, memberi autonomi dan kebebasan kepada mereka yang mengalami demensia. Sebagai contoh, negara Singapura  dan Jepun mempunyai pelan tindakan demensia mereka sendiri dan sudah tiba masanya untuk Malaysia  melaksanakan pelan tindakan demensia di negara kita sendiri. Pelan Tindakan Demensia Kebangsaan ini harus  melibatkan pemegang taruh yang mahir untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan, rawatan dan penjagaan  geriatrik, termasuk pembasmian stigma berkenaan demensia.

2. Tambahkan Tenaga Kerja untuk Memenuhi Keperluan Pesakit Demensia

Penjagaan demensia adalah kompleks dan merangkumi penjagaan di rumah, komuniti dan hospital. Antara yang  terlibat dalam aspek kesihatan pesakit demensia adalah pakar perubatan seperti pakar geriatrik, psikiatri  geriatrik, pakar kesihatan bersekutu dan jururawat terlatih. Dalam laporan Persatuan Perubatan Geriatriks  Malaysia (MSGM) 2019, hanya terdapat 40 pakar geriatrik di Malaysia (0.19 bagi setiap 10,000 penduduk), jauh di  bawah sasaran global 0.85/10,000 penduduk. Selain itu, Malaysia mempunyai kurang daripada 10 pakar psikiatri  geriatrik. Kami menggesa pihak kerajaan untuk meningkatkan usaha pembangunan kapasiti dan pengembangan  tenaga kerja. Usaha ini perlu dimulakan dengan mendapatkan maklumat bilangan tenaga kerja dan perkhidmatan  geriatrik /demensia yang disediakan oleh sektor awam dan swasta di seluruh negara. Cadangan yang  dbentangkan dalam laporan MGSM 2019 seharusnya diambil kira.

3. Kukuhkan Rangka Undang-Undang untuk Melindungi Hak Pesakit Demensia

Rangka kerja perundangan di Malaysia harus diperkukuhkan untuk menyokong dan melengkapkan Pelan  Tindakan Demensia Kebangsaan (NDAP) ini. Pada masa ini, Akta Kesihatan Mental 2001 dan Peraturan-Peraturan  Kesihatan Mental 2010 digunapakai untuk mengawal kemasukan dan rawatan pesakit yang disyaki mengalami  gangguan mental, termasuk pesakit demensia. Undang-undang sedia ada tidak mampu untuk menangani isu yang  lebih luas berkaitan demensia, contohnya dalam keputusan (“decision making”) kewangan dan perubatan. Untuk menyelaraskan penjagaan demensia dengan prinsip autonomi, maruah dan kebebasan, kami menyeru kerajaan untuk mengukuhkan rangka undang-undang untuk memudahkan proses “advanced decision-making”.

Kami menyeru supaya tindakan segera diambil untuk mempersiapkan negara Malaysia untuk menangani kesan penyakit  demensia. Penyakit demensia tidak boleh dilihat sebagai sebahagian daripada proses penuaan biasa, tetapi sebagai  suatu penyakit yang memerlukan rawatan yang khusus, berkualiti serta optima.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Gabungan Kesihatan Malaysia & Persatuan Perubatan Geriatrik Malaysia (senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) | 23 SEPTEMBER 2022

Senarai Tandatangan: 

Persatuan

1. Academy of Medicine Malaysia

2. Association of Malaysian Optometrists

3. Asthma Malaysia

4. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia

5. IKRAM Health Malaysia

6. Islamic Medical Association of Malaysia

7. Lung Cancer Network of Malaysia

8. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 9. Malaysian Association of Clinical Biochemists

10. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 11. Malaysian Association of Enviromental Health

12. Malaysian Association of Medical Assistants

13. Malaysian Coalition on Ageing

14. Malaysian Dental Association

15. Malaysian Paediatric Association

16. Malaysian Pharmacists Society

17. Malaysian Public Health Physician Association 

18. Malaysian Society of Anaesthesiologists

19. Malaysian Society of Clinical Psychology

20. Malaysian Society of Intensive Care 

21. Malaysian Society of Ophthalmology

22. Malaysian Thoracic Society

23. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 

24. MedTweetMY

25. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia

26. Perinatal Society of Malaysia

Individu

1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy

2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS

3. Dato’ Dr Jahizah Hassan

4. Dr Khor Swee Kheng

5. Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail

6. Prof Dr GR Letchuman Ramanathan

7. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon

8. Prof Dr Roslina Abdul Manap

9. Prof Dr Tan Maw Pin

10. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy

11. Puan Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid

Diselaraskan oleh: Mao Fong Lim, Mellinnda Xavier

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.