Liputan Kesihatan Awam Menyeluruh dengan Penjagaan Kesihatan Mata

Bersempena dengan sambutan Hari Penglihatan Sedunia, Gabungan Kesihatan Malaysia dan (MHC) and  Persatuan Oftalmologi Malaysia (MSO) menuntut agar perhatian dan tindakan proaktif diberikan terhadap penjagaan kesihatan mata dalam kalangan awam. 

Kami menyeru perkara-perkara berikut:

1. Jalankan saringan mata rutin secara tahunan dalam kalangan golongan berisiko. Rabun jauh (atau dikenali sebagai miopia) semakin kerap berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak  dan remaja, seiring peningkatan penggunaan gajet dan skrin digital. Pandemik COVID-19 turut  memperlihatkan peningkatan cara pembelajaran secara atas talian dalam kawasan tertutup. Oleh itu,  semua sekolah rendah dan menengah perlu memastikan para pelajar diberikan tempoh rehat serta  penglibatkan aktiviti luaran yang mencukupi. Kami juga menyeru agar saringan mata secara tahunan  dijalankan terhadap para pelajar. Selain itu, individu berumur 40 tahun ke atas juga perlu menerima  saringan mata tahunan, terutamanya penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Pengesanan dan  rawatan awal adalah perlu dalam memelihara fungsi penglihatan secara optimal. 

2. Basmi pengiklanan produk rawatan mata yang meragukan dan mengelirukan. Penggunaan media sosial telah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjual dan  mengiklankan produk rawatan mata yang meragukan. Ia kerap kali disertakan dengan tuntutan perubatan  yang bersifat keterlaluan dan mengelirukan. Orang awam dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan  iklan-iklan sebegini. Memilih perubatan alternatif tanpa berbincang dengan doktor mata akan menjejaskan  kualiti rawatan. Pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap penjual dan pengiklan  produk-produk tersebut. Penguatkuasaan berkesan dan pilihan bijak oleh pengguna adalah diperlukan  dalam membasmi penjualan produk-produk tersebut.

3. Pastikan pematuhan terhadap amalan perlindungan keselamatan mata di tempat kerja. Terdapat banyak laporan berkenaan kecederaan mata di tempat kerja yang boleh dielakkan. Kami menyeru  agar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan unit KKP syarikat-syarikat berkenaan untuk  menjamin keselamatan tempat kerja dengan lebih berkesan. Para majikan perlu menyediakan kelengkapan pelindung diri (PPE) yang sesuai termasuk pelindung mata. Para pekerja juga berperanan untuk sentiasa  menggunakan PPE dengan lengkap. Para pekerja di pejabat perlu memastikan mereka mendapatkan  pembetulan penglihatan sewajarnya. Konsep 20-20-20, iaitu mengalihkan pandangan dari skrin setiap 20  minit untuk melihat objek sejauh 20 kaki selama 20 saat; perlu diterapkan sebagai amalan rutin di pejabat. 

4. Perketatkan kawalan ke atas penjualan mercun.

Salah satu punca utama kecederaan mata yang boleh dielakkan adalah kecederaan berkaitan penggunaan  mercun. Kami menyokong seruan Majlis Oftalmologi Antarabangsa (ICO) agar undang-undang berkaitan  penggunaan mercun diperketatkan. Peningkatan kadar kecederaan mata disebabkan oleh mercun dapat  dilihat terutamanya semasa musim perayaan. Beberapa negara-negara lain yang telah memperketatkan  undang-undang dan penguatkuasaan dalam mengawal aktiviti penggunaan dan penjualan mercun. Ini perlu dicontohi dalam usaha membendung kadar kecederaan mata berpunca daripada penggunaan mercun. 

Tindakan bersifat pencegahan adalah penting dalam menjaga kesihatan penglihatan. Kami menyeru agar  pihak berkuasa dan orang awam untuk berganding bahu dalam melindungi kurniaan yang penting ini. 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Gabungan Kesihatan Malaysia & Persatuan Oftalmologi Malaysia

(Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 8 OKTOBER 2022

Senarai tandatangan penuh:

Organisasi

1. Academy of Medicine of Malaysia

2. Association of Malaysian Optometrists (AMO)

3. Association of Private Hospitals Malaysia

4. Asthma Malaysia

5. IKRAM Health

6. College of Anaesthesiologists

7. College of Ophthalmologists

8. College of Physicians

9. College of Surgeons

10. Dermatology Society of Malaysia

11. Family Medicine Specialists Association

12. Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)

13. Lung Cancer Network of Malaysia

14. Malaysian Association of Bronchology and Interventional Pulmonary 15. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 16. Malaysian Association of Environmental Health

17. Malaysian Association of Medical Assistants

18. Malaysian Dental Association

19. Malaysian Health Diplomacy Foundation

20. Malaysian Medical Association

21. Malaysian National Society of Audiologists

22. Malaysian Nurses Association

23. Malaysian Paediatric Association

24. Malaysian Pharmacists Society

25. Malaysian Society of Anaesthesiologists

26. Malaysian Society of Geriatric Medicine

27. Malaysian Society of Clinical Psychology

28. Malaysian Society of Intensive Care

29. Malaysian Society of Occupational Safety and Health

30. Malaysian Society of Ophthalmology

31. Malaysian Thoracic Society

32. Medical Mythbusters Malaysia

33. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia 34. MedTweetMY

35. MMA Public Health Society

36. National Cancer Society Malaysia

37. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia

38. OpsHarapan

39. Perinatal Society of Malaysia

40. Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM)

41. Public Health Malaysia

42. Public Health Physicians Association

Individu

1. Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman

2. Prof Dr Ahmad Hata Rasit

3. Dato’ Dr Amar Singh-HSS

4. Prof Dr Asri Said

5. Dr Ganabaskaran Nadason

6. Prof Datuk Dr Lokman Hakim

7. Tan Sri Dr Mani Jegathesan

8. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon

9. Prof Dato’ Dr Mohd Zin Bidin 10. Prof Dr Raja Affendi Raja Ali

11. Prof Dr Roslina Abdul Manap 12. Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim

13. Prof Dr Shaiful Bahari Ismail

14. Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh 15. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy 16. Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail

17. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy 18. Dr Khor Swee Kheng

19. Dato’ Dr Jahizah Hassan

Dikendalikan oleh: Ahmad Aizat Zaini

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.