PENYERAHAN PETISYEN MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN 2023 KEPADA YAB PERDANA MENTERI

Pada 10 Oktober 2023, Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
bersama-sama Malaysian Green Lung Association, Medical Mythbusters Malaysia,
Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Akademi Profesor Malaysia telah berjaya
menyerahkan satu petisyen yang membawa suara 9.2 juta rakyat yang menyokong
sepenuhnya pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk
Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan peruntukan Generational
Endgame kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Kami amat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah sudi menerima
petisyen sokongan tersebut. Melalui petisyen ini, kami menggesa agar RUU ini
dibentangkan dan disokong oleh semua Ahli Parlimen dan seterusnya diluluskan
oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara demi rakyat memandangkan masalah
merokok sudah tidak dapat dibendung secara berkesan lagi di bawah Akta Makanan
dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang sedia ada.

Mengikut petisyen yang telah dilancarkan, seramai 9.2 juta rakyat menyokong penuh
usaha membentangkan RUU ini dengan peruntukan GEG mesti dilaksanakan. Jika
RUU ini berjaya diluluskan kali ini, ini membuktikan Kerajaan MADANI dan seluruh
ahli parlimen mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi dan tidak mudah
tergugat dengan pengaruh pihak tertentu dalam menangani isu kritikal kelompangan
undang-undang yang wujud dalam kawalan produk merokok terutama rokok
elektronik atau vape.

Oleh yang demikian, kami yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) bersama-
sama kumpulan profesional yang lain sekali lagi menyatakan pendirian kami untuk

MENYOKONG usaha ini. Kami MENGGESA agar proses pembentangan Akta ini
dapat dipercepatkan dan semua Ahli Parlimen yang akan mengundi ketika proses
pembentangan akta ini dapat menyokong pihak Kerajaan MADANI demi kepentingan
generasi akan datang.

  1. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
  2. Malaysian Green Lung Association
  3. Medical Mythbusters Malaysia
  4. Majlis Kawalan Tembakau Malaysia
  5. Akademi Profesor Malaysia

10 Oktober 2023

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.