Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) dan Persatuan Perubatan Geriatrik Malaysia (MSGM) menyeru supaya tindakan segera diambil untuk kesejahteraan pesakit demensia, keluarga dan penjaga mereka. Berita mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengalami demensia adalah peringatan bahawa penyakit ini tidak mengenal sesiapa dan akan mempunyai kesan jangka panjang pada kehidupan pesakit dan keluarga mereka. Oleh itu, kami menggariskan perkara-perkara berikut untuk menangani keperluan isu demensia di Malaysia:
1. Laksanakan Pelan Tindakan Demensia Kebangsaan 2020-2030
Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM) menganggarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia berisiko mengalami demensia menjelang 2030, dengan peningkatan 312% menjelang 2050. Bagi mencapai matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kami menyeru pihak kerajaan untuk membentangkan Pelan Tindakan Demensia Kebangsaan (NDAP), yang tertangguh sejak 2019 akibat pandemik COVID-19. Kami berharap pelan ini mempunyai inisiatif berdasarkan keperluan masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk memelihara harga diri, memberi autonomi dan kebebasan kepada mereka yang mengalami demensia. Sebagai contoh, negara Singapura dan Jepun mempunyai pelan tindakan demensia mereka sendiri dan sudah tiba masanya untuk Malaysia melaksanakan pelan tindakan demensia di negara kita sendiri. Pelan Tindakan Demensia Kebangsaan ini harus melibatkan pemegang taruh yang mahir untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan, rawatan dan penjagaan geriatrik, termasuk pembasmian stigma berkenaan demensia.
2. Tambahkan Tenaga Kerja untuk Memenuhi Keperluan Pesakit Demensia
Penjagaan demensia adalah kompleks dan merangkumi penjagaan di rumah, komuniti dan hospital. Antara yang terlibat dalam aspek kesihatan pesakit demensia adalah pakar perubatan seperti pakar geriatrik, psikiatri geriatrik, pakar kesihatan bersekutu dan jururawat terlatih. Dalam laporan Persatuan Perubatan Geriatriks Malaysia (MSGM) 2019, hanya terdapat 40 pakar geriatrik di Malaysia (0.19 bagi setiap 10,000 penduduk), jauh di bawah sasaran global 0.85/10,000 penduduk. Selain itu, Malaysia mempunyai kurang daripada 10 pakar psikiatri geriatrik. Kami menggesa pihak kerajaan untuk meningkatkan usaha pembangunan kapasiti dan pengembangan tenaga kerja. Usaha ini perlu dimulakan dengan mendapatkan maklumat bilangan tenaga kerja dan perkhidmatan geriatrik /demensia yang disediakan oleh sektor awam dan swasta di seluruh negara. Cadangan yang dbentangkan dalam laporan MGSM 2019 seharusnya diambil kira.
3. Kukuhkan Rangka Undang-Undang untuk Melindungi Hak Pesakit Demensia
Rangka kerja perundangan di Malaysia harus diperkukuhkan untuk menyokong dan melengkapkan Pelan Tindakan Demensia Kebangsaan (NDAP) ini. Pada masa ini, Akta Kesihatan Mental 2001 dan Peraturan-Peraturan Kesihatan Mental 2010 digunapakai untuk mengawal kemasukan dan rawatan pesakit yang disyaki mengalami gangguan mental, termasuk pesakit demensia. Undang-undang sedia ada tidak mampu untuk menangani isu yang lebih luas berkaitan demensia, contohnya dalam keputusan (“decision making”) kewangan dan perubatan. Untuk menyelaraskan penjagaan demensia dengan prinsip autonomi, maruah dan kebebasan, kami menyeru kerajaan untuk mengukuhkan rangka undang-undang untuk memudahkan proses “advanced decision-making”.
Kami menyeru supaya tindakan segera diambil untuk mempersiapkan negara Malaysia untuk menangani kesan penyakit demensia. Penyakit demensia tidak boleh dilihat sebagai sebahagian daripada proses penuaan biasa, tetapi sebagai suatu penyakit yang memerlukan rawatan yang khusus, berkualiti serta optima.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Gabungan Kesihatan Malaysia & Persatuan Perubatan Geriatrik Malaysia (senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) | 23 SEPTEMBER 2022
Senarai Tandatangan:
Persatuan
1. Academy of Medicine Malaysia
2. Association of Malaysian Optometrists
3. Asthma Malaysia
4. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia
5. IKRAM Health Malaysia
6. Islamic Medical Association of Malaysia
7. Lung Cancer Network of Malaysia
8. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 9. Malaysian Association of Clinical Biochemists
10. Malaysian Association of Dental Public Health Specialists 11. Malaysian Association of Enviromental Health
12. Malaysian Association of Medical Assistants
13. Malaysian Coalition on Ageing
14. Malaysian Dental Association
15. Malaysian Paediatric Association
16. Malaysian Pharmacists Society
17. Malaysian Public Health Physician Association
18. Malaysian Society of Anaesthesiologists
19. Malaysian Society of Clinical Psychology
20. Malaysian Society of Intensive Care
21. Malaysian Society of Ophthalmology
22. Malaysian Thoracic Society
23. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia
24. MedTweetMY
25. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia
26. Perinatal Society of Malaysia
Individu
1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy
2. Dato’ Dr Amar Singh-HSS
3. Dato’ Dr Jahizah Hassan
4. Dr Khor Swee Kheng
5. Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail
6. Prof Dr GR Letchuman Ramanathan
7. Prof Dr Mohd Zamrin Dimon
8. Prof Dr Roslina Abdul Manap
9. Prof Dr Tan Maw Pin
10. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy
11. Puan Sharipah Asiah Syed Junid Aljunid
Diselaraskan oleh: Mao Fong Lim, Mellinnda Xavier