Colistin – Pertahanan terakhir yang sudah bocor

Pada November 2015, jurnal perubatan yang terkenal dan diperakui, The Lancet melaporkan penemuan spesis bakteria di Cina yang kebal dari antibiotik Colistin dan mampu memindahkan kekebalannya kepada jalur bakteria lain.Kekebalan tersebut dapat dilihat dari sebahagian kecil spesis E. Coli dan Salmonella. Kekebalan ini dapat dipindahkan antara spesis melalui gen MCR-1.

Apa itu colistin?
Colistin merupakan antibiotik yang dianggap sebagai barisan antibiotik terakhir yang masih mampu melawan bakteria. Antibiotik-antibiotik lain dari kumpulan penicillin, carbapenem, cephalosporins, tetracyclins dan lain-lain telah berkurang kesannya akibat kemunculan bacteria yang kebal melawan antibiotik tersebut.

Dan kini, harapan terakhir manusia dalam bentuk antibiotik dalam perang melawan bakteria telah mula bocor dengan kemunculan spesis bakteria ini yang kebal melawan Colistin, membawa kepada kemunculan ‘Post Antibiotic Era’.

Pada mulanya, saintis menganggarkan ianya mengambil masa selama 3 tahun untuk bakteria kebal berkenaan merebak dari Cina ke United Kingdom. Namun kajian terhadap sampel-sampel bakteria telah bermula.

Malangnya bakteria kebal berkenaan telah ditemui dari tiga ladang khinzir, menandakan ianya telah lama merebak. Dan lebih malang lagi penemuan yang sama turut berlaku di Afrika, Asia dan bahagian Eropah yang lain.

Prof Alan Johnson dari Public Health UK berkata.” Pada penilaian kami bahaya kepada kesihatan awam daripada gen ini buat masa ini masih sangat rendah tetapi kajian berterusan akan dilakukan dengan munculnya maklumat-maklumat terbaru.”

Ketika ini, penggunaan Colistin di Malaysia masih di kadar yang rendah. Hanya digunakan dalam kes jangkitan berat oleh bakteria Gram negatif setelah diteliti oleh doktor pakar.

Meskipun begitu, tidak mustahil bakteria kebal ini boleh sampai ke Malaysia dan merebak.

Satu situasi yang menakutkan.

Dr. Khairul Anam Bin Mansor (MUDr)

Ahli IKRAM Health

 

*Sumber gambar : BBC

Kongsikan

Bincang dan komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.