Gabungan Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan agensi-agensi lain untuk penyelesaian jangka-sederhana untuk pegawai lantikan kontrak yang diumumkan pada 10 Feb 2022. MHC mengalu-alukan kesediaan KKM untuk melibatkan pelbagai pemegang taruh untuk mewujudkan penyelesaian yang inklusif.
Kami juga menggesa langkah-langkah berikut:
1. Mempercepatkan Pembentukan “Health Reform Commission”
Pada 15 Jan 2022, Menteri Kesihatan mencadangkan Kertas Putih bagi merealisasikan reformasi sistem kesihatan di Malaysia. Dalam proses ini, sebuah Suruhanjaya Reformasi Kesihatan akan diwujudkan untuk memastikan kesinambungan reformasi akan dipelihara walaupun peralihan politik mungkin berlaku. Kami menggesa cadangan ini untuk dibentangkan di Dewan Rakyat dan menggesa semua Ahli Parlimen untuk bersatu dalam pelaksanaan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ini. Kami menggesa agar Suruhanjaya Reformasi Kesihatan diberi mandat dan sumber untuk memastikan kelestarian sistem kesihatan Malaysia, terutamanya kebajikan dan pembangunan sumber manusia untuk sektor kesihatan.
2. Mengoptimumkan Pengagihan Profesional Kesihatan
Malaysia mempunyai bilangan profesional kesihatan yang memuaskan. Walau bagaimanapun, situasi pengedaran yang tidak seimbang amat membimbangkan, kerana kebanyakan profesional kesihatan berpusat di kawasan bandar. Oleh itu, perbelanjaan kesihatan mesti ditingkatkan kepada >5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), untuk memastikan pengagihan profesional kesihatan yang adil dan samarata. Peningkatan jawatan tetap secara berkala bukan tindakan yang mampan. Proses pemindahan dalam KKM perlu tepat, telus, dan wajar dengan bukti untuk memastikan pegawai kesihatan yang cukup di kawasan-kawasan yang penting. Kami menggesa kerajaan untuk mempertingkatkan insentif dan elaun untuk mereka yang berkhidmat di kawasan terpencil. Insentif dan elaun ini mesti diberikan sama rata kepada pegawai lantikan kontrak dan tetap.
3. Mengawal Kapasiti Kemasukan Pelajar Perubatan di Universiti Awam dan Swasta Menurut Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (2016-2020), nisbah sasaran doktor kepada rakyat menjelang 2025, adalah 1:400. Untuk mencapai matlamat ini, negara memerlukan 4000 graduan perubatan setiap tahun (setiap tahun, Malaysia menerima lebih daripada 6000 graduan baru). Dengan jawatan tetap yang terhad dalam kerajaan, ramai terpaksa melalui proses lanjutan. Untuk mengimbangi kenaikan jawatan tetap, kita mesti memastikan pengambilan pelajar perubatan dikawal. Pelan hala tuju yang sedang dibentuk amat penting, untuk menilai kapasiti pengambilan dan menghasilkan bilangan graduan yang kompeten.
Kami berharap penyelesaian yang adil dan mampan dapat dilaksanakan untuk memastikan kebajikan profesional kesihatan dan kesihatan awam tidak terjejas.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Gabungan Kesihatan Malaysia (Senarai tandatangan penuh di myhealthcoalition.org) 17 Februari 2022
Senarai Tandatangan:
Persatuan
1. Academy of Medicine Malaysia
2. Association of Malaysian Optometrists
3. College of Anaesthesiologists
4. College of Ophthalmologists
5. College of Physicians
6. College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia
7. IKRAM Health Malaysia
8. Islamic Medical Association of Malaysia
9. Lung Cancer Network of Malaysia
10. Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonology 11. Malaysian Paediatric Association
12. Malaysian Pharmacists Society
13. Malaysian Public Health Physician Association
14. Malaysian Society of Anaesthesiologists
15. Malaysian Society of Clinical Psychology
16. Malaysian Thoracic Society
17. Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia
18. MedTweetMy
19. National Cancer Society of Malaysia
20. Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia
21. Perinatal Society of Malaysia
Individu
1. Assoc Prof Dr Uma Devi Palanisamy
2. Dato’ Dr Jahizah Hassan
3. Dato’ Dr Amar Singh-HSS
4. Dr Khor Swee Kheng
5. Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail
6. Prof Dr Asri Said
7. Prof Dr Roslina Abdul Manap
8. Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
9. Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy
Diselaraskan oleh: Mellinnda Xavier