Doktor Betul Betul Gila

Terkini VIRAL “Doktor Betul Betul Gila” di laman media sosial facebook oleh netizen.

Dia bukan merawat sahaja. Tetapi siap buat surat rasmi untuk mendapatkan Teksi 10 sen. This doctor patut dapat banyak likes. Ini lah doktor yang betul betul gila baik. Sangat baik siap sanggup mohon secara rasmi kepada patient yang bukan saudara, bukan kawan, bukan kenalan tetapi PATIENT YANG SUSAH. TABIK YOU MY DEAR DOCTOR AFIF. memang engkau terlalu gila baik. TOLONG BAGI LIKE UNTUK SOKONG DOKTOR GILA INI. Share.

Begitulah antara kata-kata yang dimuat-naikkan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Kuan Chee Heng di posting peribadinya terhadap doktor ini.

Doktor ‘Afif bin Abdul Latif yang merupakan seorang ahli IKRAM, kini bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur sebagai Pegawai Perubatan Siswazah. Beliau merupakan graduan perubatan MBBCH dari Universiti Mansoura – Manchester, Mesir.

Nama beliau viral selepas posting itu juga memuat-naikkan gambar-gambar surat yang dihantar olehnya kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat untuk memohon bantuan bagi membantu seorang pesakit dan juga permohonan untuk mendapatkan khidmat teksi dengan hanya harga RM 0.10 sahaja.

Semoga cerita sebegini dapat memberi motivasi kepada doktor-doktor lain terutamanya yang baru memulakan housemanship untuk sentiasa terus berkhidmat dengan ihsan dan itqan dalam merawat dan membantu para pesakit.

Siapa kata HO NOWADAYS tidak hebat?

Sharing is caring!

About admin 51 Articles
IKRAM Health merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*